Selasa, 24 Ogos 2010

Isu yang berpolitik atau isu yang dipolitikkan?



Aku bercakap tentang politik dalam konteks Malaysia. Apabila kita bercakap tentang politik, ia sangat subjektif, dan jika kita bercakap tentang isu, juga subjektif. Dan jika aku menyatakan isu itu berpolitik, ia adalah satu perkara yang mengarut. Perkara karutan seperti ini hanyalah diperbodohkan oleh poltikus-politikus yang tidak bertangungjawab.

Tetapi, dalam realiti yang telah berlaku dari dulu lagi adalah isu itu dipolitikkan. Tidak kira sama ada isu itu isu sampah sekalipun, politikus tanpa segan silu menggunakan hujahnya dengan isu yang telah dipolitikkan.

Sekali lagi aku pernah menyatakan, adakah kematangan politik yang dimainkan dalam negaraku ini hanyalah sekadar begini?

Isnin, 23 Ogos 2010

Belajar buat untuk belajar taat.



Belajar-belajar BUAT,
Buat untuk BELAJAR,
Belajar-belajar TAAT,
Taat untuk BELAJAR.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Setelah Berminggu




Setelah berminggu aku menumpang sementara di kawasan pelajar-pelajar, Setelah berminggu aku berada di tempat yang orangnya aku baru kenali, memang terlalu banyak yang aku telah belajar dari mereka-mereka ini. Belajar tentang tujuan hidup. Mengingatkan ketika zaman aku sama seperti zaman mereka. Darah muda yang penuh dengan bara yang mampu mendidihkannya.

Setelah berminggu juga aku bersama-sama melihat golongan istimewa yang kurang berupaya, OKU. Mereka juga pelajar disini, kesungguhan dan keinginan belajar menunjukkan mereka mempunyai kesempurnaan yang tersendiri. Aku pun mula berfikir tentang mereka yang tidak mampu untuk mendengar dan ada juga yang tak mampu untuk bercakap. Dunia mereka yang tidak tahu apa itu erti bunyi-bunyian, dunia mereka yang tidak tahu apa itu erti untuk berkata-kata. Bahasa isyarat sahajalah dunia mereka. Tetapi, hati mereka telah terpaut dengan masjid. Mereka mampu untuk tunaikan solat berjemaah seperti sang sempurna yang lain.

Tidak ku lupa juga, ada dikalangan mereka yang tidah mempunyai kaki, ada yang tidak mampu untuk berdiri, tetapi mampu untuk bergerak ke rumah ALLAH untuk tunaikan kewajipan. Ada juga yang mempuyai sedikit masalah mental, tetapi keinginan dia kepada ALLAH membezakan dia dengan sang sempurna.

Selasa, 3 Ogos 2010

Mentaliti dan 'The Mentalist'



Ketika aku dalam perjalanan menuju ke tanah para anbiya', Kaherah, aku sempat menonton Tv series yang bertajuk The Mentalist, Mentalist adalah seorang yang mempunyai daya pengaruh yang kuat untuk mempengaruhi orang lain. Tapi aku bukan nak menceritakan tentamg Tv series ini, cuma aku mahu menceritakan mentaliti-mentaliti yang aku telah hadapi.


Buat masa ini, aku sedang menjalani praktikal dalam ruang industri, dalam masa sama, sahabat-sahabat aku juga sedang melakukan perkara yang sama. Seorang sahabat menceritakan kepadaku supaya berhati-hati dengan orang-orang disini. Yang dimaksudkan olehnya adalah kita janganlah menunjukkan kepandaian atau 'tunjuk pandai' dengan pekerja-pekerja yang sudah lama disini. Jika kita mula menunjukkan pandai kita, kita tidak akan dilayan dan perspektif orang terhadap kita akan menjadi negatif. Inilah mentaliti rakyat negaraku.

Lantas aku terus teringatkan cerita yang diceritakan kepadaku satu ketika dulu, seorang pakcik pernah bekerja di negara matahari terbit, Jepun. Budaya disana amat berbeza dan yang aku sangat suka adalah mereka suka mengajar antara sesama mereka. Walaupun mereka sudah tahu tentang sesuatu perkara, mereka tidak jemu untuk mendengar lagi dan lagi. Inilah mentaliti rakyat negara itu.

Sampai bilakah mentaliti rakyat negaraku ini akan bertukar menjadi mentaliti yang matang.