Rabu, 22 Julai 2009

Sabar Urus Marah


Tadi aku baru je abis dgr satu kuliyah maghrib kt surau taman aku, kuliyah maghrib mingguan seperti biase..aku pn da agak brape lame xdgr kuliyah utz td.. al maklum la,sebok je memanjang..hehe. Kuliyah td pn aku dgr da nk dekat2 abis jer, xgdr dari awal. Ade la sedikit sbyak yang aku dpt. Antara yang aku tertarik, utz crite pasal org yg kuat.hehe Sebenarnye, utz td die bgtau pasal satu hadith ni. Yg lebih kurang mafhumnye. Nabi s.a.w. ade bersabda :
"Orang2 yg paling kuat, bukanla mereka2 yg kuat didlm bergusti, ttp, org yg kuat adalh kuat bersabar apabila dlam keadaan marah."
So, org yg kuat bersabar ketika marah la yg paling kuat.hehe.

Tu yg menjadi permaslahan bagi aku, sbb org ckp aku ni panas baran, garang, xbersabr, suke mara2, dsbg.. Mmg aku sedar, bila sifat panas baran 2 da ade dlm ati, mmg satu perkare yg sgt susah utk diubah. Sbbnye, satu ketika dulu, ade sorg utz bercerita tentng Saidina Umar Ra. Yg mana Umar ni sorang yg mmg panas baran, bengis dsbg. Utk sifat panas baran ni mmg mustahil utk dibuang, tp boleh dikawal n diubah. Maksud ubah yg diperkatekan oleh utz ni, ketika Umar sebelum memeluk islam, die akan mengamuk tentng perkare2 yg jahil n bathil. tetapi, slps memeluk islam, die mangamuk apabile sesiape yg menentang kebenaran islam. Contoh ini la yg perlu diambil oleh pemarah2 or pemanas2 baran diluar sane.hehe. xde sape yg sempurna dalam dunia ni, tp, kite sume nk kn kpd kesempurnaan.hehe.


Aku yakin, xde sape yg sukekn kepd kemarahan, sume org nk hepi2 sentiase. tp, tu la lumrah kehidupan yg perlu ditempuhi oleh pemarah2 ni.hehe. Sperti si Martin Luther King Jr. ni ckp, “We have guided missiles but misguided men“.


Sbb 2 la,pakar2 psikologi ade bermacam2 pendpt psl marah2 ni. Siap ade kluar kn buku la taw. Hollywood plak timbul plak idea wt citer HULK, antara film or komik yang aku minat smpai skang.hehe


Selain dri film ni, film yg khas utk pemarah ni, citer ANGER MANAGEMENT. Da lame citr ni keluar, tapi aku xberkesempatn nk tgk.sebok la katekan.haha. Aku hanye berkesempatan bace sinopsis je.haha. Antara petikan yg menarik perhatian aku, “Temper’s the one thing you can’t get rid of by losing it“.

SUBHANALLAH, Gerhana Matahari.


GERHANA matahari dilihat di barat daya China pada jam 9.16 pagi, hari ini. Rakyat Asia berpeluang menyaksikan gerhana matahari terpanjang pada abad ke-21.

So, InsyaALLAH kite akn jumpe lg Gerhana Matahari pd
24 Ogos 2082 nanti..
..hehe..

Sekilas Ijtima' Asia di KLIA







Jumaat, 10 Julai 2009

Program ijtimak Malaysia 2009

Location : Nearby Bandar Enstek and Kuarters KLIA

( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )
Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.
( Info Dari KRENMAUT )


Khamis, 25 Jun 2009

Sejauh Mana Pencapaian PPSMI...





Sudah 6 tahun PPSMI ni di jalankan di sekolah-sekolah kt Malaysia ni. Namun, kontroversi demi kontroversi timbul dengan sepanjang pejalanan PPSMI ini. Sejak pemulaan hingga sekarang perbahasan tentang isu panas ini ditimbulkan. Persoalannya sekarang, sejauh mana pencapaian PPSMI ni? Kerajaan akan menumumkan perlaksaan PPMSI selama 6 tahun dalam masa yg terdekat ini.

Media-media khasnya TV saling membahaskan isu ini. Apa yang timbul kini, kenapa ketika Tun Mahathir mengumumkan perlaksanaan PPSMI ini, tiada siapa yg membantah, khasnya bagi mereka yg mempunyai authority? semua meng'iya'kan sahaja perlaksanaan dasar yang amat penting ini. Dan, kenapa sekarang ramai pula yang membantah PPSMI? Adakah mereka-mereka yang ber-authority ini berani disebabkan pihak pembangkang yang memulakan bersuara secara besar-besaran seperti perhimpunan aman PPSMI? Inilah persoalan-persoalan yang timbul.

Kajian yang dijalankan hanyalah beberapa bulan sahaja. Dasar yang sepenting ini hanyalah beberapa bulan? Kita lihat pada 30 tahun dahulu di negara Jepun. Dahulu pun mereka memang menggunakan bahasa Inggeris untuk menjalankan perlaksanaan teknologi mereka. Tetapi, Jepun merasakan pentingnya penggunaan bahasa sendri. Mereka pun mengambil keputusan untuk menkaji tentang perlaksanaan ini. Akhirnya, selama 20 tahun mereka mengkaji dan hasilnya sampai sekarang, Jepun menggunakan bahasa sendiri dalam mengembangkan negara mereka. Dimanakah Dasar Pandang Timur yang kita gunakan dahulu? Kita hanya mengkaji 2 bulan sahaja untuk perlaksanaan ini, memang hebat.

Kini, pimpinan-pimpinan kerajaan bergolak merasakan perlasanaan dasar ini. Releven kah perlaksanaan ini sekarang...

Perkara yang paling sukar dilakukan sekarang adalah bagaimana kita hendak membetulkan kembali mentality masyarakat malaysia atau pn "mental shift".

Rabu, 24 Jun 2009

Diskriminasi - Perancis haram purdah

PARIS 23 Jun - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.

Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.

Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam.

Isnin, 22 Jun 2009

MEASAT-3A berjaya dilancarkan pagi ini

SATELIT terbaru Malaysia, Measat-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia di Kazakhstan, hari ini. Ia dilancarkan dalam keadaan cuaca dingin dan berangin. Satelit Measat-3a bernilai AS$165 juta itu akan meningkatkan kapasiti satelit syarikat dengan ketara.


MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (tengah) bersama kumpulan pelajar bergambar di hadapan roket Zenit 3-slb yang membawa satelit Measat-3a. Satelit keempat milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd, menggantikan Measat 1 dan 2 yang dijadualkan tamat perkhidmatan pada 2015.

Sabtu, 20 Jun 2009

Typing Error...hahaha

Biasela la...manusia nyer silap..haha



HANYA kerana tersilap cetak satu huruf , kain rentang ini menjadi tanda tanya dan bahan gurauan orang ramai yang melalui bulatan Jalan Bakri, Muar, pagi ini. Niat murni kempen menderma darah yang diadakan di sebuah sekolah bertukar makna apabila perkataan 'darah' tersilap cetak menjadi 'dadah'.

Pemahaman Orang

Alhamdulillah.. aku da setlekn IELTS 2..skang nk tunggu result..
exam 2 die wt kt subang, Taylor College..ramai bdk2 cina kt college ni..

time exm pn ramai pak2 arab yg amik..melayu skit je..paling rami cina la..sume dlm 100 org gak yg amik..

Aku xnk cer psl exam 2..

mase aku duk je kt meja exam 2, aku tgk kt meja ni byk sgt conteng2 ats meja ni..
biasela,student2 nye keje la ni..hehe

so, ade satu gambr kartun yg diconteng kt situ..cantik mmg cantik la..haha

tp ade gambr ank babi dlm gmbr kartun 2..duk relex2 bawh pokok..haha
xtau la sape yg lukis , melayu ke, cina ke, india ke or ape2 la..
lg menarik ade dialog lg..

"i'm Halal, If Sembelih"

"eat me"

ape yg aku terfikr kt sini, apakah tahap pemahaman pelukis kartun 2..
senang cer, ape thp pemahan masyrkt malayisa ni..

adakah diorg ingat halal 2 hanya dtg dengan sembelih?
mmg kite xtau ape niat sebenr pelukis 2, same ade gurau2 or mmg btul xphm..hehe
so, kalo kite tgk dri perspektif yg reliti, sejauh mana pemhaman yg negara kite dah bagi
kt mereka2 yg kurang phm dlm bab2 agama ni..

kalo la satu hari nanti negara, pengeluarn maknan kt negare kite ni di monopoli oleh yg bukan beragama
islam...

I.C you..

Ramai yg kate aku tipu kalo diorg tau aku nye kod negeri kt dalm ic aku ni. Ade yg kate aku pendtang la, dri sempadan la. Mcm2 la..hehe

Mybe kurang pendedahan kot..haha

So, utk menghilangkn kekusutan ni, ni ade data yg aku dpt time jd Polling Agent, Counting Agent (PACA) time PRU-12 yg lepas..



Johor 01,21,22,23,14

Kedah 02,25,26,27

Kelantan 03,28,29

Melaka 04,30

Negeri Sembilan 05,31,59

Pahang 06,32,33

Pulau Pinang 07,34,35

Perak 08,36,37,38,39

Perlis 09,40

Selangor 10,41,42,43,44

Terengganu 11,45,46

Sabah 12,47,48,49

Sarawak 13,50,51,52,53

Wilayah Persekutuan KL 14,54,55,56,57

Wilayah Persekutuan Labuan 15,58

Wilayah Persekutuan Putrajaya 16

Negeri Tidak Diketahui 82

Yg no x tersenarai "Pengundi hantu"...haha

Pendatang Asing or sempadan Xde IC..haha…



so, kepada sume, sila ambil perhatian ek.. hehe

Khamis, 18 Jun 2009

Malaysia Dah Diserang!!!

So, nmpaknye Malaysia da diserang virus, virus pe lg,
H satu N satu la..
2 la, da bgtau jgn mkn mende 2, mkn gak.. kn da kene serang..
so, ape yg kene wt skang? Krajaan pn tgh nk wt 1st meting psl serangan ni..

skang ni dtg plak serangan jerebu.. dunia da tue, xlarat lg. akhir zaman..
ni langkah2 or care2 nk pakai topeng muke...
"Ooooo, mcm 2 ke care nk pakai..."


MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
menunjukkan cara betul memakai topeng muka
pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Rabu, 17 Jun 2009

Teknologi Keretapi

KERETAPI Timur Jepun memperkenalkan generasi kereta api laju terkini (atas) dan bilik pemandunya (bawah) di Rifu, Pentadbiran Miyagi, Utara Jepun, hari ini. Kereta api laju baru ini menyediakan perkhidmatan antara Tokyo dan Aomori, Utara Jepun 2011, dengan kelajuan maksimum 320 km/j.


Perghhh Lajuss tue...

Selasa, 16 Jun 2009

Krisis nuklear Korea


GAMBAR yang diedarkan agensi berita Korea Utara, KCNA semalam, rakyat Korea Utara mengambil bahagian dalam perhimpunan penduduk Bandar Raya Pyongyang, bertujuan mengutuk Amerika Syarikat dan PBB yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas Korea Utara, di Plaza Kim Il Sung Plaza, Pyongyang.

BANTAHAN


BERATUS penyokong calon presiden pembangkang, Mir Hossein Mousavi, yang mendakwa ada penipuan pengiraan undi dalam pilihan raya Jumaat lalu, keluar membantah pada rapat umum di Dataran Azadi (Kebebasan) di Tehran, Iran, semalam.

Obama Mengulas :

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata, terpulang kepada rakyat Iran untuk memilih dan menentukan siapa pemimpin yang dikehendaki mereka.

Obama berkata, adalah tidak wajar sekiranya beliau mencampuri masalah di Iran tetapi 'bersalah sekiranya terus berdiam diri'.

Katanya, sebarang siasatan mengenai keputusan pilihan raya presiden Iran yang menimbulkan pertikaian itu mestilah tidak membabitkan sebarang pertumpahan darah.

Isnin, 15 Jun 2009

KELUAR!



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan dua anggota pembangkang, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan membuka pengikat kepala yang ditulis perkataan 'Bubar DUN'. Antara mereka yang memilih untuk keluar ialah Khalid Samad (Pas-Shah Alam), Chong Cheing Jen (DAP-Kuching), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Teo Nie Cheng (DAP-Serdang). - Foto Bernama


KEBERANIAN NIZAR.


DATUK Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin diarah membuka kain lilit kepala bertulis 'Bubar DUN' selepas majlis angkat sumpah menjadi "kecoh" angkara beliau melaungkan perkatan 'Bubar DUN Perak' di Dewan Rakyat, hari ini.