Belajar-belajar BUAT,
Buat untuk BELAJAR,
Belajar-belajar TAAT,
Taat untuk BELAJAR.






















.jpg)
Tidak perlu memikirkan kesan sampingan yang dasyat sama ada yang kaya mungkin akan muflis, yang sedia ada miskin, akan terus tertekan dengan kemiskinan jika kekalahan melanda kepada yang bertaruh.
Kegilaan Piala Dunia yang melanda seluruh dunia, maka, seluruh dunialah yang akan bertaruh. Samaada bertaruh secara haram atau secara 'halal'. Semua meletakkan harapan untuk menang dan aku pasti tidak ade manusia pun yang akan mengharap kalah dalam pertaruhan ini. Bagaimana pula kegilaan terhadap mereka-mereka di Gaza? Telah aku ungkapkan, tradisi yang bermusim telah wujud.




Apabila sebuah negara yang memegang prinsip negara hukum, tetapi hukum hanyalah dijadikan barang dagangan da permainan, kesilapan besar dilakukan disini jika hanya mata hati kita menonton begitu sahaja. Ketika pahlawan-pahlawan dahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya berjuang, adakah mereka yang lain hanya menonton? Tok Janggut, Mat Kilau dan yang lain dimana mereka adalah ulama merangkap murabbi(pendidik), hanyalah dilabelkan 'pahlawan', tetapi tidak 'ulama' dalam buku-buku sejarah sekolah.
Sejak dari aku kecil lagi, aku mencintai dalam bidang "besi terbang". Bukanlah berminat untuk "memandunya" atau lebih dikenali sebagai Pilot, tapi aku lebih berminat untuk memeliharanya, menjaganya, pastikan dia sihat-sihat selalu, kalau dia sakit, aku akan cuba mengubatinya. Selepas sahaja zaman persekolahan tamat, aku memohon untuk menceburi bidang "besi terbang" ini, tapi tidak diterima. Hanyalah Mechatronics sanggup menerima aku, maka, aku berfikir, ketentuan aku telah ditentukan kepada Mechatronics. Selama 3tahun aku bersama-sama mechatronics.
Alhamdulillah, akhirnya, aku diberi peluang untuk memasuki bidang "besi terbang" ini, dan adakah aku akan melupakan kau wahai Mechatronics, sama sekali tidak mungkin, kerana kau banyak membantu aku sehingga sekarang, sebab kau masih sudi menerima aku dan tidak pernah memperlekehkan aku,