Rabu, 9 Januari 2013

KeEmpat

Sang pendek meyakinkan dunia buat kali keEmpat!
Dari seorang yang tidak ada apa-apa, menjadi orang yang ada apa-apa.
Semangat sang pendek yang sangat kental.

TAHNIAH!!!



Sabtu, 5 Januari 2013

Sumbangsih

Walaupun menerima kekalahan pada malam ini dengan berjerseykan jersey yang baru (baru sahaja dirasmikan), kekalahan tadi tidak lah dikira kekalahan yang teruk.

Masih permulaan untuk anda semua merangkul kesemua piala-piala pada musim ini!
Dan syabas kepada geng-geng ATM!

The Red Warriors tetap dihati!

Go more Klate Go more!!!


Rabu, 2 Januari 2013

30 tahun dahulu punya cerita bersama hujah-hujah SAMPAH

Kalau kita cakap golongan-golongan ini bodoh, diorang akan marah,
kalau nak cakap golongan ini pandai pulak, jauh sekali.
Tanah air ku seperti biasa, penyebaran isu lapuk dicorong-corong media massa bersama-sama dengan hujah-hujah SAMPAH!

Amanat Hadi, konon-kononnya dipengaruh dari Revolusi Iran 1979, Trololol apakah yang dibuat pada awal tahun baru ini?
Ditambah lagi apabila masuknya kaitan dengan isu Memali, pun di jadikan hujah SAMPAH. Apabila tuan empunya diri nak bersuara, masing-masing menggelabah buat alasan tak nak bagi die bersuara secara Live.

Diharapkan politik murahan dan terbantut seperti ini tak akan bertahan lama lagi di Malaysia.

Selasa, 1 Januari 2013

Bukan cerita Istanbul Aku Datang


   Kalau di Eropah, "Battle of Empires" atau "Conquest 1453" filem ini dinamakan. Di Sepanyol yang terkandung kota hebat Andalucia, filem ini bergelar "Conquista 1453". Kalau di Istanbul, bandar terbesar di Turki lain pula namanya, "Fetih 1453".
Dan yang pasti filem ini bukan filem "Istanbul aku datang",atau trademark "xoxo Publish".



   Tak kisah apa nama filem ini, bagi pandangan peribadi, filem ini boleh disama araskan dengan filem aksi Hollywood yang epik pada 2005 "Kingdom of Heaven".
Secara asas perjalan kedua-dua buah filem ini mengisahkan pertembungan dua Empayar besar dalam sejarah, terutama sejarah Islam.



   Ketika berada di kota Constantinople pada beberapa tahun yang lepas, aku tak sempat untuk membeli salinan filem ini,sebab masih belum dijual ketika itu, baru saja ditayangkan di pawagam, kalau nak tonton, memang bahasa Turki sepatah haram tak tahu.
Filem Fetih 1453 ini terkandung pelbagai perkara, dimulakan dengan sabda Nabi saw. sendiri yang menyatakan satu ketika nanti kota Constantinople akan ditawan oleh Islam.

   Disini bermulalah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fatih bersama komrad-komrad Islam yang bercita-cita tinggi untuk menjadi sang penakhluk.
Skil-skil dan strategi Al-Fatih di tontonkan dalam filem ini, termasuklah teknologi kejuruteraan peperangan pada ketika itu. Rantai besi yang sangat berat di Golden Horn untuk menyekat komrad-komrad Islam memasuki Constantinople yang melalui laluan laut masih boleh dilihat di museum Turki.

 Rantai Besi di Golden Horn

   Seperti filem-filem yang lain, filem ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi termasuk filem ini di banned di bebrape buah negara, tetapi, lain pula cerita di Turki apabila Perdana Menteri Turki, Erdogan melahirkan rasa positif tentang "Fetih 1453" ini.
Rasanya tak perlu ditaip di sini lagi, seharusnya selamat menonton!



p.s: Walaupun ending filem "Fetih 1453" ini sama seperti ending filem "Istanbul Aku Datang", dimana mereka berada didalam sebuah bangunan bernama Hagia Sophia a.k.a. Ayasofya, tetapi perjalan "cerita" dari dua buah filem ini yang sangat berbeza, sangat-sangat berbeza.
Mungkin di Malaysia akan mempunyai filem yang perjalanan ceritanya hampir seperti ini InsyaAllah.