Jumaat, 15 Januari 2010

Gerhana Matahari - Ketentuan dan Peraturan ALLAH swt.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah(Fussilat:37)


PELAJAR dan kanak-kanak menggunakan penapis khas dengan lapisan filem untuk melihat gerhana matahari di perkarangan Planeterium Negara di Kuala Lumpur, hari ini. Gerhana matahari berlaku antara jam 3.01 petang hingga 5.45 petang berikutan 'sentuhan pertama' bulan ke cakera matahari dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 4.26 petang. Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari

ORANG ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan gerhana matahari separa dengan menggunakan teleskop, kaca mata suria, skop solar dan projektor lubang jarum di Dataran Planetarium Negara, Kuala Lumpur, 15 Januari.


RENTETAN fenomena gerhana matahari apabila bulan mula melindungi matahari seperti dilihat di Colombo, Sri Lanka, hari ini.

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-A'raf:54)

Tiada ulasan: