Sabtu, 22 Mei 2010

Hari-hari yang berlalu akan melupakan mu, Mechatronics

Memang tidak boleh dinafikan, setelah 3 tahun aku bertungkus-lumus untuk mendapatkan sekeping kamu, Mechatronics, perasaan cinta pasti akan berputik, seperti mana aku sayangkan bidang aku sebelum ini, Mechatronics. walaupun sekarang aku bertukar bidang, tidaklah bermakna aku akan melupakan kau, tapi, jika kau sendiri yang menolak aku, aku sedikit pun tidak akan hairan untuk menolak mu kembali. Aku memang susah untuk mencintai sesuatu, jika aku sudah suka kan sesuatu perkara itu, aku akan buat sehabis baik. Tapi jika perkara itu tidak menerima aku, aku pun tak ragu-ragu untuk melupakan perkara itu.Sejak dari aku kecil lagi, aku mencintai dalam bidang "besi terbang". Bukanlah berminat untuk "memandunya" atau lebih dikenali sebagai Pilot, tapi aku lebih berminat untuk memeliharanya, menjaganya, pastikan dia sihat-sihat selalu, kalau dia sakit, aku akan cuba mengubatinya. Selepas sahaja zaman persekolahan tamat, aku memohon untuk menceburi bidang "besi terbang" ini, tapi tidak diterima. Hanyalah Mechatronics sanggup menerima aku, maka, aku berfikir, ketentuan aku telah ditentukan kepada Mechatronics. Selama 3tahun aku bersama-sama mechatronics.

Alhamdulillah, setelah selesai menerima sekeping bukti 3 tahun belajar, aku kembali memohon bidang "besi terbang". Dan sekali lagi, aku tidak di terima, hanyalah Mechatronics menerimaku kembali. Aku bukanlah terdesak atau dalam bahasa penjajah Desperate untuk memiliki ilmu "besi terbang" ini, tapi seperti yang aku katakan sebelum ini, aku mencintai "besi terbang" dari sejak kecil, dan aku akan cuba sehingga dapat. Jika aku ditolak, dan memang aku tidak diberi peluang walaupun sekali, malah diperlekehkan, maka, buat apalah aku memperjuangkan perkara yang bertentangan dengan naluriku. Sekali lagi aku ulang, bukanlah aku ini desperate, aku hanyalah manusia yang berpegang kepada prinsip dan janji-janji.
Alhamdulillah, akhirnya, aku diberi peluang untuk memasuki bidang "besi terbang" ini, dan adakah aku akan melupakan kau wahai Mechatronics, sama sekali tidak mungkin, kerana kau banyak membantu aku sehingga sekarang, sebab kau masih sudi menerima aku dan tidak pernah memperlekehkan aku,
Tapi, jika kau pernah perlekehkan aku, pasti dan pasti "Hari-hari yang berlalu akan melupakan mu, Mechatronics".

Disini aku nak mendendangkan sebuah lagu yang aku baru sahaja melayan beberapa minggu lalu.. layannnn..

Goodbye by A.C.A.B



thinkin' of what i have been thru is the last thing i'd do
coz i have been tryin' to heal all these wounds that have hit me deeply
thinkin' of what happened to me it's like a tragedy,
you don't wanna know what i got into and you really do not want to

some might say that i'd kill the revolution
but in the end it's my life that really needs a solution..

how do i say goodbye to all the things that i've said and have done?
how do i say goodbye to all the things that have been messin' my mind?

thinkin' of what i've been thru is the last thing i'd do..
you don't wanna know what i got into and you really do not want to..

some might say that i'd kill the revolution..
but we still have the lads to carry out the tradition..

song and lyrics by Max Hafiz aka Magskin.

6 ulasan:

Roslam Hasan berkata...

dulu, aku berada di bulatan merah, sekarang bulatan ungu..

L berkata...

waaaa...tinggi bhasa ni..haha

tamansyurga_87 berkata...

jiwang2 gitu....hehehe

L berkata...

hehe..ala,dl kehidupan ni,kadang2 kite perlu jiwang utk diri sendri gak kn..hehe

tamansyurga_87 berkata...

=p

L berkata...

wekkk:P