Selasa, 1 Januari 2013

Bukan cerita Istanbul Aku Datang


   Kalau di Eropah, "Battle of Empires" atau "Conquest 1453" filem ini dinamakan. Di Sepanyol yang terkandung kota hebat Andalucia, filem ini bergelar "Conquista 1453". Kalau di Istanbul, bandar terbesar di Turki lain pula namanya, "Fetih 1453".
Dan yang pasti filem ini bukan filem "Istanbul aku datang",atau trademark "xoxo Publish".



   Tak kisah apa nama filem ini, bagi pandangan peribadi, filem ini boleh disama araskan dengan filem aksi Hollywood yang epik pada 2005 "Kingdom of Heaven".
Secara asas perjalan kedua-dua buah filem ini mengisahkan pertembungan dua Empayar besar dalam sejarah, terutama sejarah Islam.



   Ketika berada di kota Constantinople pada beberapa tahun yang lepas, aku tak sempat untuk membeli salinan filem ini,sebab masih belum dijual ketika itu, baru saja ditayangkan di pawagam, kalau nak tonton, memang bahasa Turki sepatah haram tak tahu.
Filem Fetih 1453 ini terkandung pelbagai perkara, dimulakan dengan sabda Nabi saw. sendiri yang menyatakan satu ketika nanti kota Constantinople akan ditawan oleh Islam.

   Disini bermulalah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fatih bersama komrad-komrad Islam yang bercita-cita tinggi untuk menjadi sang penakhluk.
Skil-skil dan strategi Al-Fatih di tontonkan dalam filem ini, termasuklah teknologi kejuruteraan peperangan pada ketika itu. Rantai besi yang sangat berat di Golden Horn untuk menyekat komrad-komrad Islam memasuki Constantinople yang melalui laluan laut masih boleh dilihat di museum Turki.

 Rantai Besi di Golden Horn

   Seperti filem-filem yang lain, filem ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi termasuk filem ini di banned di bebrape buah negara, tetapi, lain pula cerita di Turki apabila Perdana Menteri Turki, Erdogan melahirkan rasa positif tentang "Fetih 1453" ini.
Rasanya tak perlu ditaip di sini lagi, seharusnya selamat menonton!



p.s: Walaupun ending filem "Fetih 1453" ini sama seperti ending filem "Istanbul Aku Datang", dimana mereka berada didalam sebuah bangunan bernama Hagia Sophia a.k.a. Ayasofya, tetapi perjalan "cerita" dari dua buah filem ini yang sangat berbeza, sangat-sangat berbeza.
Mungkin di Malaysia akan mempunyai filem yang perjalanan ceritanya hampir seperti ini InsyaAllah.

Tiada ulasan: