Laporan Khas Merdeka oleh Dzulfikar Mashoor Mon | Aug 31, 09 | 10:09:30 am MYT | |
SHAH ALAM, 31 Ogos: Sempena dengan hari Kemerdekaan negara 31 Ogos hari ini, kebanyakan penduduk Seksyen 23 menyifatkan demontrasi kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebagai sesuatu yang ekstrem, keterlaluan serta tidak menghormati kepelbagaian penganut agama penduduk tempatan.
Dakwaan mereka, insiden terbabit sebenarnya bukan mewakili suara penduduk tempatan yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan berpegangan moral, sebaliknya ia adalah usaha pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka sendiri. Bagaimanapun, kebanyakan responden tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri, memindahkan kuil Hindu ke kawasan kejiranan mereka. Namun, mereka yang ditemui menegaskan bahawa penduduk setempat hanya bersetuju menggunakan pendekatan bermesyuarat, rundingan, diplomasi dengan semua pihak, termasuk kerajaan negeri dalam isu pemindahan kuil tersebut. Jumaat lepas, sekumpulan NGO Melayu yang mendakwa mewakili penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke Pejabat SUK Selangor yang menempatkan Pejabat MB, dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah. Sambil mengarak, mereka menyepak-nyepak kepala lembu itu dan memaki serta megutuk tindakan kerajaan negeri yang memutuskan untuk memindah kuil Hindu di Seksyen 19 ke satu tapak industri di Seksyen 23. Tiga pemimpin kerajaan negeri yang menjadi sasaran mereka iaitu Adun Batu 3 dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan MB, Tan Sri Khalid Ibrahhim. Kira-kira 10 anggota polis mengawal tindakan mereka namun tidak ada usaha memberhentikannya. Pada 18 Ogos lalu, akhbar Utusan melaporkan UMNO Selangor akan mengemukakan permohonan mahkamah untuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusan kerajaan negeri membina kuil di kawasan majoriti umat Islam di Seksyen 23 itu. Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Noh Omar berkata, ini kerana bantahan penduduk terhadap keputusan itu adalah wajar serta mempunyai asas-asas kukuh selain bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan. |
Isnin, 31 Ogos 2009
Kepala Lembu: Penduduk tempatan bantah aksi ekstrem
Khamis, 27 Ogos 2009
Hukuman sebat ke atas peminum arak
Isnin, 24 Ogos 2009
Khamis, 20 Ogos 2009
Sabtu, 8 Ogos 2009
Rabu, 5 Ogos 2009
Teknologi Dan Ideologi
Teknologi sudah menjadi satu keperluan bagi dunia kini. Kebanyakan org mengejar kepada teknologi. Pelajar-pelajar di IPT-IPT pn ramai yg berebut-rebut utk pelajari teknologi. Tak kira la, samaada yg belajar kat luar atau dalam negara, teknologi menjadi agenda utama.
Dalam wujud nye perkembangan ilmu teknologi ini, perkare yg wujud bersama-sama tanpa disedari ialah ideologi-ideologi sendiri. Di universiti-universti atau IPT-TPT telah timbul pelbagai ideologi. Maklumla, golongan cerdik pandai ini mula memikirkan dgn logik akal sendri dengan mewujudkan ideologi-ideologi sendri yang mana lebih teruk lagi apabila ideologi yg bertentangn dgn syarak.
Semua membahaskan tentang ideologi-ideologi masing-masing. Timbullah pemberontakan hak masing-masing. Seorang anak memperjuangkan hak anak-anak, ibubapa memperjuangkan hak-hak ibubapa, wanita mempejuangkan hak-hak wanita, individu menuntut hak-hak individu. Semua mula mempertikaikn hak-hak sendri tanpa kembalim kepada Quran dan Sunnah. Kalo yang rujuk Quran dan Sunnah pn, ambik skit-skit. Ikut sesuka hati die je.
Apabila wujud nye ideologi suka hati sendri ni, tercipta la ungkapan "Kubur masing-masing". Inila ungkapan dari mereka-mereka yang bermentaliti yang paling rendah, Walaupn mereka ni, pelajar-pelajar Universiti. So?? Adakah dengan digelar pelajar Universiti ni, berpemikiran global?
Aku penah bertanye kepada seorang member non-muslim yang sedang belajar di luar negara utk ambil PhD. Ketika kami di sekolah dahulu, kami memang sangat aktif dalam aktiviti berpengakap. Baru-baru ni,aku bertanye kt die setlah hampir 5tahun xberhubung,
"ko de join pengakap lg ke kat sane?" Die menjawab dengan bangganya, "wat ape la aku wt keje-keje bodo 2 lg.." Aku pn terfikir, adakah aktiviti pengakap ni keje bodo?hehe.
aku tanye la,"so skang ni ko wat keje2 pandai ke?".agak senyap gak die wat seketika.hehe. aku tnye lg,"bile ko nk balik m'sia?". Die jwap dengan konfiden je,"xnk blik".
aku tnye lg,"ko xnk try blajar bahasa melayu lg ker?".Di jwp,"da xpenting lg".
Adakah mentaliti seperti ini yg Malaysia mahu lahirkan? Kite selalu menyuarakan yang kerajaan dah berjuta-juta manghabiskan duit utk memberi rakyat belajar. Tp, apakah kesedaran yang telah timbul. Bukan setakat sorang ni, malah, ramai lagi yang mengamalkan ideologi xsedar diri ni.hehe.
Di Malaysia sendri pn sama, kononnye hendak mempelajari teknologi, tapi ideologi negatif yang disebarkan. Masalah-masalah sosial yg rancak berjalan sekarang, dgn clubbing, gigs, pergaulan yang tidak ada batas lagi, inilah ideologi ynag merosakkan anak melayu kite, walaupn aku bukn berideologi kn bangsa semata-mata, tp inilah hakikat yg berlaku. Ideolgi mementingkan diri sendri xkurang hebatnye. Orng lain xpayah peduli, asalkan hidup aku puas-sepuasnye tanpa memikirkan orang lain. Mereka xterpikir ke azab ALLAH swt. azab sepedih-pedihnya..Wallahualam.
Langgan:
Catatan (Atom)