Khamis, 8 Oktober 2009

Fresher Fair UoG

Fresher Fair ni ala2 MSK kalo kt poli n MSR kalo kt MFI..hehe
Banyak kelab2 n persatuan2 yg ade dlm univ ni. Yg 1st skali aku nmpak adalah islamic society. Aku terus daftar..sukan favorite aku pn de. tu yg best..hehe



ni bdk2 liberaL..



yg kt banner merah tu, bdk2 sosialis..


hah, ni plak PAS..Palestine Awareness Society



Selasa, 6 Oktober 2009

Prifysgol Morgannwg - Welsh


Suhu berubah jadi sejuk mase aku pijak je kaki kt negara org ni. seblum aku kluar lg aku pkir,aku nk rase,btul ke sjuk yg di perkatekan oleh org.


Yela,sebelum ni,aku hnye belajar teori semata2 psal negara org ni. Apabila aku mule je pijak, aku dpt merasakan stu amanah yg sgt2 berat
kt belakang aku yang akn aku pertangungkan selama 2 thun disini. Itulah namenye tangungjwab. Ya ALLAH, istiqmahkn la segala amalan aku selama ini.
Kerna,disini penuh dgn kekanagn. Agak terlalu lame aku ta menulis,smmgnye byak alasan yg aku nk wat, xdpt umah sewa lg,xde intenet lg,semmgnye alasan.hehe



Prubahan budaya yang agak drastik bagi aku alami, budya pergaulan, budaya makanan n mcm2 lg budya yang xde di malaysia. walaumcm mane pn,
perkare2 perkare ni la yg perlu aku tempuhi. Rumah yg bercmpur laki perempuan adalah menjdi stu 'budya' disini,terutamay bg bdk2 melayu kt sini.
Mmg alasan diorg xwat ape2,tp,tu la hakikat sebenr yg berlaku.ishh..poning2..

English yg ade slang welsh pn agak xphm. Da la laju plak 2.hehe. perlukan masa utk sesuaikn sume ni. Alhamdulillah makanan halal xsusah utk dptkn kt sini.
cume kene kerap masak sendri la. kalo malas, beli fast food yang halal, ala2 KFC la kt sini. Perkare yg agak aku masih susah utk sesuaikn sehingga skang ialah taharah.
Bersuci mmg sgt pnting dlm melakukan ibadah. Maklumla, budaya disini memastikan tndas dlm keadaan kering, tak sepeti di malaysia, sentiase lembab. Kt sini, tndas pn berkarpet
kain. Mmg xde paip air disediakan, hanyala tisu.hehe.



Its ok, sume 2 hnye sementara waktu je utk aku sesuaikn diri. Aku doakan supaye sepanjang berada disini, aku xlari dari maksud hidup ini..

Iktibar dari Al Quran




1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Marilah kita sama-sama menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

source: episod perjuangan

Sabtu, 3 Oktober 2009

Dr. M syor tahanan ISA satu tahun

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya tempoh minimum penahanan pesalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipendekkan kepada satu tahun berbanding dua tahun seperti diamalkan sekarang.

Beliau berkata, kajian setiap enam bulan juga perlu dilakukan oleh pihak yang berkelayakan sebagai langkah menepati hak-hak asasi manusia.

"Walaupun ISA perlu dilaksanakan di Malaysia sebagai satu undang-undang preventif, ia masih perlu dikaji semula.

"Perlu juga ada peraturan jelas tentang bila ia perlu digunakan. Kita tidak mahu menahan seseorang selama tiga hari di bawah ISA dan kemudian membebaskannya atas alasan demi keselamatan tahanan," katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian melalui entri blognya, www.chedet.co.cc/chedetblog/ sebagai mengulas kenyataan banyak pihak sejak kebelakangan ini mengenai ISA.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Malaysia masih memerlukan undang-undang preventif itu kerana tanpanya dikhuatiri akan berlaku ancaman perkauman yang mengganggu gugat kestabilan negara berbilang kaum ini.

"Sikap perkauman ekstrem itu mampu membawa kepada keganasan yang kita harus elakkan. Kita mesti menilai kestabilan yang dimiliki ini bagi menentukan pembangunan negara dapat berjalan lancar.

"Bolehkah ISA digantikan dengan perbicaraan mahkamah? Di Malaysia mengambil masa yang lama untuk menjatuhkan hukuman, mungkin berbulan atau bertahun dan keganasan kaum mungkin tidak dapat dielak sebelum itu," katanya.

Beliau berkata, perlu diingatkan bahawa ISA adalah satu bentuk undang-undang preventif di mana pesalah ditahan sebelum sesuatu jenayah dilakukan.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, walaupun ISA digunakan demi keselamatan negara, ia juga sebelum ini digunakan bagi menahan individu yang menentang kerajaan secara politikal.

Dr. Mahathir turut mengakui memang benar beliau pernah menggunakan ISA untuk menahan beberapa orang ketika Ops Lalang pada 1987 dilaksanakan.

"Tetapi ia bukan kerana mereka itu adalah ahli parti pembangkang. Pihak polis ketika itu memberitahu saya tanda-tanda tercetusnya pertelingkahan kaum ekoran isu pendidikan kaum Cina dan hasrat beberapa ahli UMNO untuk membuat demonstrasi besar-besaran ketika itu.

"Mereka yang ditahan ketika itu bukan hanya ahli pembangkang tetapi ahli UMNO juga. Sebaik ancaman itu tiada lagi, semua tahanan ISA itu dibebaskan. Ia bukan isu politik pembangkang tetapi ancaman kepada keselamatan negara," katanya.