Jumaat, 22 Januari 2010

Siapakah yg mampu utk menentukan kehendakNya?



Siapakah yg mampu utk menentukan kehendakNya?Disini jugak aku menjawab, tidak ada siapa dan apa.Kehendak,ketentuan n hidayat ALLAH swt tidak ade satu makhluk pn yg mampu mengawal.sume dlam pengetahuan dan gengaman ALLAH swt. Termsuk dlm memberi hidayah kpd manusia,tiada sesiapa berhak menentukan melainkn Dia. Kita lihat apabila Sahabiyah Nabi saw. contohnya seperti Hindon dimana beliau begitu kejam sebelum memeluk islam. Seorg wanita yg membelah dada Saidina Hamzah da memakan hati nya. Ini ketika beliau dlam kejahilan.Tetapi, apabila sudah memeluki islam, seorg shabat pernh bertnya kepada Hindon,bagaimanakh beliau boleh memasuki islam? Dan Hindon menjawab,

"Aku tidak memasuki Islam,tetapi Islam yang memasuki hati ku"..

Contoh sahabat lain yg masyur seperti Saidina Umar AL Khattab,seorg yg mempunyai hati yg keras tetapi menjadi lembut dgn mendengar kelembutan Al Quran..

Dalam masa yang sama,kita tidak boleh melupakan,semua perkara ini terjadi kerana kehendak ALLAH dimana pada bila2 masa shj Dia bole memberi hidayah dan pada bila2 masa sahaja Dia bole menarik Hidayah. walau hidayah utk selama-lamanya atau hanya sesaat shaja pn Allah swt mampu lakukan.


Kisah masyur mengenai seorg ulama yg mempunyai ramai anak murid dan ilmu yg tinggi dlam agama. Tp,diakhir kalamnya,dia mati dalam keadaan kufur kerana terpedaya dgn kehendak nafsu dan kehendak musuh yang nyata Syaitan.Nauzubillah,moga aku jauh dari azab ini ya Allah.. Persoalan yg timbul dlm perkara ini,adakah kite hanya berserah bulat2 dgn kehendak ALLAH?Dan adakah kata2 aku ni memihak kepda si Jahil??Adakah semua manusia seprti Ulama tersebut?adalah tidak adil jika semua ini disamakan..

Aku pernah dgr satu majlis tazkirah,dimana utz ini mnyatakan,kite mmg xtau,apakah keadaan kita ketika hendak mati nnti,adkah masih dlm keadaan beriman atau kufur?
kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kpd ALLAH swt supaya kita dikekalkn dijalan yg Hak.Pasti dan pasti kita akan melalui perkara seperti ini,adkah apabila perkara seperti ini berlaku,kita hnya membenci semata-mta2? Tidakkan lebih baik jika kita doakan dan nasihatkan sahabat2 kita?..

Seperti isu Penggunaan nama ALLAH baru2 ni,kenapa kite perlu menyerang semata-mata?tidakkan lebih baik jika kita membayakkan menerangkan kpd masyarakat dri menyerang..

Selasa, 19 Januari 2010

Kampung Hutan ku dilanda 'banjir'



“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)


Alhamdulillah,sejak beberape hari ni,'banjir' yg melanda kampung ku dihutan ni telah beransur-ansur surut. InsyaALLAH,melalui peramal-peramal kaji cuace ni,munkin akn trun lg nanti.semua tu pn hnya dgn izin ALLAH swt. Xde makhluk yg mampu mengubh sume ni,melainkn dgn keizinan ALLAH semata2.

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa. (Yunus : 6)


Ape yg menarik perhatian aku,bukan kaum aku je yg pelik tgk 'hujan' yg berais ni,tp,kaum2 lain pn same. Jakun or Batak or Teruja or ape yg seerti,sume prasan 2 ade stiap sorg kt sini trmsuk aku.hahaTp,aku xdela seperti kaum omputih ni,yg extreme nye jakun sejakun jakunnye.haha. Bayangkn la,kul 2-3pagi ni,diorg omputih ni bole plak seret n kumpul2 ais 'banjir' ni utk wt snowman.mcm org giler la plak aku tgk diorg ni..:P


Tp,perkara2 'pelik' ni hanyalah berlaku pd hari pertama je.Apabile msuk je hari yg kedua,perkare sebalik nye plak berlaku,sumpah menyumpah keatas ais ni plak akn wujud.
xkire la sape2,stiap kaum akn menyumpah termasuk kaum aku. Antar sbb utama,nk kuar pegi jalan2 mmg susah dbbkn jln yg licin. Tp best utk main sledding.hehe:P



Mungkin semue merasekan perkare ni satu perkare yg menyusahkan,tp,keyakinan yg perlu ade adalah yakin setiap perkare yg berlaku pasti dan pasti de hikmah.. Ia akan menjdi ujian bg mereka yg faham dgn agama, dan akan menjdi bala bg yg xfaham dgn agama.

“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

Jumaat, 15 Januari 2010

Gerhana Matahari - Ketentuan dan Peraturan ALLAH swt.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah(Fussilat:37)


PELAJAR dan kanak-kanak menggunakan penapis khas dengan lapisan filem untuk melihat gerhana matahari di perkarangan Planeterium Negara di Kuala Lumpur, hari ini. Gerhana matahari berlaku antara jam 3.01 petang hingga 5.45 petang berikutan 'sentuhan pertama' bulan ke cakera matahari dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 4.26 petang. Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari

ORANG ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan gerhana matahari separa dengan menggunakan teleskop, kaca mata suria, skop solar dan projektor lubang jarum di Dataran Planetarium Negara, Kuala Lumpur, 15 Januari.


RENTETAN fenomena gerhana matahari apabila bulan mula melindungi matahari seperti dilihat di Colombo, Sri Lanka, hari ini.

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-A'raf:54)