Jumaat, 20 Ogos 2010

Setelah Berminggu




Setelah berminggu aku menumpang sementara di kawasan pelajar-pelajar, Setelah berminggu aku berada di tempat yang orangnya aku baru kenali, memang terlalu banyak yang aku telah belajar dari mereka-mereka ini. Belajar tentang tujuan hidup. Mengingatkan ketika zaman aku sama seperti zaman mereka. Darah muda yang penuh dengan bara yang mampu mendidihkannya.

Setelah berminggu juga aku bersama-sama melihat golongan istimewa yang kurang berupaya, OKU. Mereka juga pelajar disini, kesungguhan dan keinginan belajar menunjukkan mereka mempunyai kesempurnaan yang tersendiri. Aku pun mula berfikir tentang mereka yang tidak mampu untuk mendengar dan ada juga yang tak mampu untuk bercakap. Dunia mereka yang tidak tahu apa itu erti bunyi-bunyian, dunia mereka yang tidak tahu apa itu erti untuk berkata-kata. Bahasa isyarat sahajalah dunia mereka. Tetapi, hati mereka telah terpaut dengan masjid. Mereka mampu untuk tunaikan solat berjemaah seperti sang sempurna yang lain.

Tidak ku lupa juga, ada dikalangan mereka yang tidah mempunyai kaki, ada yang tidak mampu untuk berdiri, tetapi mampu untuk bergerak ke rumah ALLAH untuk tunaikan kewajipan. Ada juga yang mempuyai sedikit masalah mental, tetapi keinginan dia kepada ALLAH membezakan dia dengan sang sempurna.

2 ulasan:

fArhAnA berkata...

malunya menjadi sang sempurna yang 'tidak sempurna' kepadaNya..

L berkata...

mungkin sbb sang sempurna terlalu leka dgn 'kesempurnaan' yg hnya pinjaman n semntra..sedangkan sang sempurna jauh 'tidak sempurna' kepdNya..