Jumaat, 28 Oktober 2016

The Accountant (Spoiler alert)


Seseorang Autisme, agak sukar untuk mengukur tahap keupayaan mereka. Kadang kehebatan mereka sangat diluar jangkaan. Kadang sangat power, kadang gempak.

Filem ini memaparkan watak seorang autisme yang ada keupayaan agak gempak. Cuma, sejauh manakah kisah ini realistik, itu aku tak pasti. Yang aku pasti, setiap seorang dari 68 orang, mengalami autisme. Ini adalah fakta, dan kalau ikut latest statistik adalah lebih lagi dari itu. Kau orang tahu tak?


Kisahnya tentang Christian Wolff, seorang genius dalam matematik dan bekerja sebagai accountant di sebuah pekan kecil. Tetapi, pekerjaan ini hanyalah untuk cover ataupun nak selindung pekerjaan utama dia sebagai accountant bagi beberapa organisasi jenayah seluruh dunia.

Wolff juga seorang penembak tepat dan mampu menembak mati orang tanpa ragu-ragu. Ini pun kerja side-income dia.

Dalam masa sama, dibantu oleh rakan autisme, Justine. Seorang autisme yang kelakuannya agak menakutkan, dia juga seorang hacker gempak yang mempunyai 'super-computer' yang mampu mengodam server kerajaan US. Ini contoh keupayaan budak autisme yang sukar untuk kita ukur. Adakah mereka ini normal? Dan apakah 'normal' yang kita maksudkan itu? Diri kita sendiri ini pun adakah dikira 'normal'?

Permulaan cerita ni agak 'slow', boleh buat kau orang mengantuk, Salahuddin siap boleh tertidur lagi. Tetapi plot-plot selepas tu boleh mengelakkan kau orang dari tidur. Satu plot menunjukkan kesusahan orangtua Wolff menjaga anak autisme ni. Sampai mak dia tak tahan lagi, then, lari rumah dan tinggalkan dia, ayah dan abang begitu sahaja.

Bab yang ade kaitan dengan geng 'accountant' ada diplotkan. Antaranya Wolff menyiasat semua laporan account bertahun-tahun company LivingRobotics hanya dalam satu hari sahaja. Tapi plot ni sekejap sahaja, kau orang janganlah nak harap lebih-lebih sangat ok.

Beberapa twist yang dibuat oleh pengarah bagi aku menjadi. Nasib baik die tak bunuh abang sendiri. Mesti nanti kau orang pun terkejutkan?!


Luke Sierra
Bukan seorang accountant.

Khamis, 27 Oktober 2016

Rudy yang mencintai negaranya (bukan cintan awek macam kau orang tu)

Dari seorang budak kampung-Pelajar ITB- Undergrad & Dr di Jerman- Menteri Industri kapal terbang- akhirnya Presiden Indonesia ke-3.

Buku kisah waktu muda Rudy

Kalau kau orang baca buku ni, tak semua diceritakan secara details sehingga Rudy menjadi Presiden Indonesia ke-3. Banyak buku-buku lain yang menceritakan lebih details. Buku ni hanya mengupas kehidupan Rudy sewaktu budak kecil sehinggalah dalam process mendapatkan Dr-Ing dan juga bertemu dengan Ainun. Apa itu Dr-Ing dan siapa Ainun nanti aku bagi tahu.

Rudy adalah nama samaran Pak B.J.Habibie. Kalau kau orang 'aviageek' or acah-acah budak 'aviation geek', at least kau orang yang di nusantara ni sepatutnya tahu siapa bapak ni. Kalau tak tahu? Tak apa, sekejap lagi aku nak bagi tahu. Agak susah jugak nak dapatkan buku Rudy ni, aku cari kat Malaysia memang tak jumpa. Aku dapat pun dekat Indonesia. Time ni aku tengah travel dengan Masy (kata orang: ala-ala honeymoon) dekat Kuta, Bali.

Punyalah susah nak dapat, terpaksa sewa scooter pusing satu kampung Kuta, cari kat beberapa kedai buku, dapat juga akhirnya. Aku rasa dekat Malaysia aku seorang sahaja ada buku ni kot? Buku ni baru lagi diterbitkan, 2015, setelah setahun (tahun ni) difilemkan pula, dengan judul Rudy Habibie. Hampir semua penceritaan didalam buku ni di ceritakan dalam lakon layar tersebut. Cuma macam biasalah kan, mesti ada bezakan? Lagi-lagi untuk lebih dramatik.

Rudy berasal dari sebuah kampung di kepulauan Indonesia, memang sejak kecil lagi dia sangat passion kepada benda-benda terbang atau kapal terbang. Sejak kecil juga dia bercita-cita (bukan 'mimpi') pada orang tuanya untuk membina kapal terbang di tanah air sendiri. Mak rudy sangat tak suka kalau orang menggunakan istilah 'mimpi' melainkan penggunaan 'cita-cita'.

Walaupun terlepas peluang untuk mendapat tajaan biasiswa pelajaran dari kerajaan untuk ke Jerman ketika itu, Rudy setia dengan cita-citanya untuk tetap ke Jerman mempelajari ilmu pembinaan kapal terbang. Mak Rudy memainkan peranaan utama menyara sekeluarga setelah ketiadaan suami nya akibat kompilasi jantung. Mak ini yang telah bersumpah pada suaminya untuk memastikan anak-anak mendapatkan ilmu yang terbaik terutama Rudy. Tidak dinafikan, kedua-dua orang tua Rudy masing-masing golongan terpelajar dan sangat menitikberatkan anak-anaknya belajar dan terus belajar.

Umur Rudy pada masa tu 19 tahun. Berangkat seorang diri menaiki kapal terbang. Mak dia belikan tiket business class pula tu. Sebabnya, dah agak terlambat dan mengelakkan anaknya ni terlepas kuliyah, di mana pelajar tajaan biasiswa dah lama berangkat ke Jerman menggunakan kapal laut. Kita di Malaysia pun, setiap tahun ramai pelajar 'Crème de la crème' dalam pepatah French yang di hantar ke luar negara samada tajaan JPA or MARA or FAMA dan lain-lain. Cuma aku tak pasti, pada tahun 1955 ni, sudah wujud biasiswa atau belum.

Selama 10 tahun Rudy mengaji dari ijazah smpai ke Dr.-Ing. di Jerman. Dr-Ing ni sama mcam PhD, tapi fokus pada engineering field. Sepanjang masa ni, banyak juga teori-teori yang dijelmakan oleh Rudy, langsung dinamakan 'Habibie Theorem'. Sehingga beberapa university menggunakannya sebagai rujukan. Beberapa industri berat yang telah Rudy berkhidmat setelah tamat belajar. MBB atau Messerschmitt-Bölkow-Blohm adalah syarikat pembuatan kapal terbang yang Rudy pernah bekerja. Kini MBB diserap kedalam Airbus Group.

Thesis Rudy di German

Kalau kau orang pernah tengok filem Habibie & Ainun yang diadaptasi dari penulisan Rudy sendiri, ada di plotkan keinginan Rudy untuk pulang berkhidmat di Indonesia dengan menghantar surat kepada kerajaan Indonesia, tetapi dibalas dengan kekecewaan. Sehinggalah satu masa di panggil sendiri oleh Presiden Suharto untuk pulang, itu pun setelah Rudy menjumpai kaedah Crack Propagation pada sayap kapal terbang.

Sebenarnya, idea untuk menjadikan Indonesia sebagai pengeluar kapal terbang sudah bertahun lamanya, dari Presiden Sukarno sendiri. Keinginan yang membuak-buak untuk membangunkan industri pesawat di negara sendiri menjadi lebih rancak. Tahun 1995, kapal terbang pertama buatan Indonesia yang dinamakan N-250 telah siap dan diterbangkan dengan jayanya. Rudy dan Ainun melihat sendiri di depan mata mereka bahawa sumpah dan janji Rudy satu masa dulu untuk membina kapal terbang milik Indonesia termakbur.

N-250 juga dinamakan Gatotkaca

Indonesia adalah negara yang bergeografikan archipelago. Untuk menghubungkan setiap kepulauan adalah agak sukar jika hanya relying pada kapal laut. Apatah lagi jalan darat. Terus, ini adalah salah satu niat murni Rudy untuk membina kapal terbang dengan harga yang lebih murah, menghubungkan setiap rakyat Indonesia terutamanya pendalaman.

Kapal terbang yang di design ini, bukanlah untuk bersaing dengan kapal domestic seperti Aibus A320 ataupun Boeing B737. Kalau kau orang nak tau, mengikut satu bual bicara dengan anak Rudy yang juga seorang jurutera kapal terbang, untuk bersaing dengan Airbus atau Boeing sangat sukar kerana kedua-dua syarikat besar ni dah sangat jauh terkehadapan. Oleh itu, N-250 di design dari jenis Regional Aircraft yang sangat bersesuaian untuk digunapakai oleh negara kepulauan. Saingan utamanya adalah seperti syarikat ATR atau Fokker. Kebetulan pula Fokker pada waktu tu baru nak bankcrupt.

Berita malang buat Rudy, pada 1997 berlaku krisis ekonomi Asia. Presiden Suharto telah signed untuk mendapatkan fund dari IMF. Diantara perjanjian dengan IMF ni, Indonesia perlu menghentikan semua production membuat kapal terbang terutamanya N-250 yang pada waktu itu sempat siap 2 buah sahaja. Betapa down-sedih-kecewa nya Rudy, setelah bertahun-tahun memperjuang dan membangun industri ini, akhirnya perlu stop begitu sahaja. Siapa tak down kan? Macam kau orang down lepas kene tinggal dengan awek lah!

Pada 1998 ini juga berlakunya riots yang terbesar di Jakarta, dan menyebabkan Suharto meletakkan jawatan Presiden setalah 3 dekad menjawat. Rudy ketika itu adalah Naib Presiden telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia ke-3. Dalam keadaan krisis ekonomi yang teruk dan juga cita-cita membina kapal terbang terbantut, Rudy terus menerajui Indonesia selama setahun lebih.

Walau IMF telah menyekat, Rudy tidak pernah berputus asa untuk membina kapal terbang. Beberapa Joint Venture dengan syarikat pembuat kapal terbang luar begara telah termeterai sebelum tu lagi. Sebagai contoh, CASA sebuah syarikat dari Sepanyol yang telah bersama-sama Indonesia membina kapal terbang version tentera dan dinamakan CN-235. Malaysia adalah antara pelanggannya, 8 buah CN-235 dibeli untuk kegunaan TUDM sehingga hari ini.

Kau orang tengok, tiada istilah putus asa untuk orang yang mahukan cita-citanya menjadi kenyataan. Walau sesesak mana sekalipun, jalan penyelesaian pasti dan pasti ada. Indonesia telah membuktikan kemampuannya. Terbaru, N-250 yang telah lama terbengkalai satu waktu dulu telah dijana semula oleh Indonesia dengan nama baru R-80 yang bakal disiapkan pada 2019. Kapal terbang penumpang ini bakal menerbangkan 80 orang dan lebih dari 100 buah telah di order oleh beberapa syarikat penerbangam Indonesia.

Malaysia juga mampu mengikut jejak langkah Indonesia membina kapal terbang sendiri. Sebuah syarikat Malaysia CTRM pernah membina sebuah kapal terbang ringan bermuatan 2 orang beberapa tahun lalu, setelah membeli syarikat asalnya dari Australia. Eagle 150B ini telah dibina dan digunapakai oleh flying school disekitar Malaysia untuk melatih bakal-bakal pilot. Kalau kau orang tahu pasal kapal terbang ni, ia berbentuk unik dan pelik sikit, antaranya adalah, canard yang agak besar di bahagian hadapan menampakkan ia pelik. Sebab canard ni kebiasaannya di design pada Fighter Jet.

Seperti N-250, Eagle 105B juga menghadapi nasib malang yang sama iaitu production nya juga di hentikan. Aku tak tahu sebab utamanya, mungkin tak ada order kot? Dalam masa sama, beberapa kecelakaan akibat dari Eagle 105B ini telah berlaku. 3 tahun berturut 2008,2009,2010, kapal terbang ini crashed dalam Malaysia. Ada melibatkan kecederaan juga kematian. Pastinya ini berita sangat malang buat umat Malaysia.

Eagle 150B milik Malaysia

Aku masih yakin Malaysia masih mampu untuk membina kapal terbang sendiri kerana kita juga mempunyai pakar-pakar aviasi tempatan yang bekerja di dalam atau luar negara. Kita pernah mempunyai pusat servis dan maintenance kapal terbang yang sangat advanced di bawah MAS satu waktu dulu. Masih belum terlambat untuk bangun jika kita serious dengan perkara ini. Tolonglah ambil sesuatu dari kisah hidup Rudy ini. Maka, ber-serious-lah dengan cita-cita kau orang!

Luke Sierra,
Acah-acah AviaGeek