Khamis, 7 Ogos 2008

08/08/08 tarikh yang baru


Jam menunjukkan masuk 12 tengah malam. Aku melihat jam yang berada diatas meja study aku ini.
08/08/08, ini adalah tarikh yang baru muncul dalam tahun ini. Lantas , aku terfikir apa yang akan difikir bg kaum yang bernama cina apabila melihat tarikh ini. Mereka yang beragama Buddha ini sangat sensitive pada no 8. Aku terlihat iklan Olimpik Beijing, tarikhnya juga sama. Kenapa ini terjadi. Mengapakah sesetengah golongan manusia ini meyakini dengan no ini akan menjadi penentuan nasib. Bukan perkara ini sahaja yang dilakukan mereka, malah bermacam-macam lagi yang menjadi penentu. Sekilas itu, pemikiran aku berubah pula bahawa perkara seperti ini bukan sahaja dilakukan oleh non muslim. Tetapi, manusia yang hari-hari mengaku islam uga telah tersebar luas dengan tidak disedari meyakini perkara yang seperti itu.


Apa semua ini? Sudah banyak kali aku terfikir semua perkara ini. Rakan-rakan, teman-teman sebilik, teman-teman sekelas, teman-teman sekursus, majoriti semuanya mempunyai keyakinan seperti ini. Apa sebenarnya yang sudah terjadi kepada dunia yang fana ini? Dimanakah keyakinan umat islam terdahulu menghilang? Keyakinan para-para sahabat dan para ulama’? Apakah dunia sekarang berada dalam keadaan menderita? Ya, sangat menderita! Aku telah mengengar seorang ulama’ telah mengatakan bahawa seluruh manusia, seluruh umat nabi s.a.w sekarang mengalami penderitaan yang teramat sangat. Aku terfirkir, apakah penderitaan yang dimaksudkan itu. Penderitaan yang dimaksudkan itu adalah mereka tidak lagi siapa yang mencipta mereka, siapa yang memelihara mereka. Yang jelas, mereka sudah tak kenal siapa tuhan mereka. Mereka hanya tahu ALLAH adalah tuhan mereka, tetapi mereka tak ’tahu’ dan ’kenal’ siapa ALLAh swt sebenarnya. Mereka menjadikan kereta, motor, harta, artis makanan, semua ini sebagai tuhan.


Apabila penyakit demam datang kepada kita, pemikiran kita akan memikirkan Panadol. "Panadol ActiFast pulak tu". Panadol adalah makhluk! Panadol tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menjadi penawar. Tetapi, keyakinan kita kepada Panadol telah mengatasi kekuasan ALLAH swt. Astargfirullah... Tidakkah kita tahu kisah Nabi Musa a.s? Suatu ketika Musa a.s telah diberi ujian dimana beliau telah mengalami sakit perut yang amat. Kemudian, Musa a.s telah berdoa dan memohon kepada ALLAH swt supaya menyembuhkan sakit itu. Maka, perintah ALLAH swt mengarahkan Musa a.s pergi memetik daun dipokok yang terdapat dihujung kampung itu. Maka, selepas Musa a.s memakan daun itu, dengan izin ALLAH swt, sakit perut itu pun hilang. Seminggu selepas itu, penyakit itu datang kembali kepada Musa a.s. Maka Musa a.s telah pergi ke pokok yang sebelum ini beliau makan daunnya itu. Selepas makan, sakit perutnya tidak berubah, malah semakin bertambah sakitnya itu. Kemudia, barulah Musa a.s berdoa kepada ALLAH swt dan bertanya kepada ALLAH swt mengapa daun yang beliau makan tadi tak dapat menyembuhkan penyakitnya, malah semakin sakit. Maka, ALLAH swt memberitahu kepada Musa a.s, dahulu, ketika kau sakit, mula-mula sekali kau akan berdoa dan memohon kepada-Ku. Tapi kali ini, kau terus pergi ke makhluk iaitu ubat tadi Sebelum memohon kepada aku dulu.


Apabila kelaparan datang kepada kita, pemikiran kita akan memikirkan Makanan. Makanan adalah makhluk! makanan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengenyangkan. Tetapi, keyakinan kita kepada makanan telah mengatasi kekuasan ALLAH swt. Astargfirullah... Tidakkah kita tahu kisah Ashabul kahfi? Beratus-ratus tahun mereka tertidur didalam gua. Bila dan dimana mereka mendapat makanan dan minuman? Ternyatalah, mereka semua dijaga dan dipelihara oleh ALLAH swt. Manusia tidak memerlukan makanan dan minuman untuk hidup, yang memberikan kesihatan yang sihat adalah datang dari kudrat ALLAH swt. Bukan makanan yang memberikan kekenyangan dan bukan minuman yang menghilangkan kehausan, semua perintah dari ALLAH swt. Kita mesti yakin bahawa kita makan dan munum sumua disebabkan perintah ALLAH swt dan sunnah nabi saw.

Sangat sedih! Sangat sedih sekali. Satu perkara lagi yang aku dengar dari seorang ulama’, ini bukan setakat sedih bagiku, tetapi lebih aku takutkan perkara ini jika terjadi kepada diriku. Beliau menyatakan bahawa perkara ini terjadi kepada golongan-golongan yang manjadi sasaran utama syaitan. Iaitu, mereka yang sibuk dengan ibadat, sibuk dengan amal-amal sehingga satu perkara ini. Iaitu , apabila kita telah yakin disebabkan amalan-amalan kitalah menyebabkan sahabat-sahabat kita dapat beramal, kita telah yakin disebabkan ibadah kitalah yang menyebabkan teman-teman kita dapat beribadah. Kita telah yakin disebabkan usaha kita mengajak orang untuk beribadahlah yang menyebabkan mereka mendapat hidayah.

Ini semua yakin yang salah! Sedarlah wahai sahabat-sahabatku! Cahaya hidayah hanya dalam gengaman ALLAH swt. Walaupun hati manusia sangat keras dan sekeras mana pun hati-hati manusia, semua dalam gengaman ALLAH swt. Sudahkah kita lupa ketika paman Nabi saw dalam sakaratul maut, Nabi saw berkali-kali menyuruh pamannya mengucap syahadah. Tetapi tidak juga dapat ucapkan lafaz-lafaz yang agung itu. Apakah sebabnya? Ulama’ memberitahu kepada kita bahawa ALLAH swt mengegur Nabi saw bahawa hidayah hanya dalam urusan ALLAH swt. Bukan urusan pada makhluk dan bukan urusan dan kerja manusia untuk memberi hidayah...

Rabu, 6 Ogos 2008

cerita itu, Ayat-ayat cinta


CINTA...Ini adalah kisah cinta. Itu yang penulis mahu sampaikan, tetapi, bukan cinta yang mana anak muda fikirkan. Bukan cinta yang kita lihat di tepi-tepi jalan, bukan cinta yang hari-hari disiarkan di televisyen tiap-tiap rumah. Ini adalah kisah cinta bagaimana mengenal ALLAH swt. Cinta kepada orang tua yang melahirkan setiap manusia. Cinta yang dimaksudkan juga adalah kasih sayang yang setiap manusia tercari-cari dalam kehidupan yang fana ini. Kasih sayang sesama manusia, diantara sahabat-sahabat, orang disekeliling, hatta setiap makhluk seperti yang bernama haiwan.

Fahri, adalah karektor dinamakan hero mengharungi kehidupan seorang diri ditanah yang diberi penghormatan. Mengharungi disatu lembah ilmu diantara yang tertua didunia. Terpaksa membiasakan diri keseorangan dalam keadaan panas terik dibumi Cairo yang mencapai 40 darjah celcius lebih. Mungkin kita akan memikirkan ini adalah perkara biasa bagi Fahri, tapi, apabila satu fitnah yang paling besar dalam kehidupannya telah memberi satu impak dan tamparan yang hebat kepadanya. Memperkosa, ini adalah fitnah yang besar baginya, bukan sahaja bagi fahri, malah kepada sesiapa pun pasti akan menafikannya.


Walaupun Fahri mempunyai Aisha sebagai seorang isteri yang boleh dilabelkan ‘sempurna’, mempunyai harta yang tidak dimiliki oleh orang kebanyakan. Adakah itu semua tidak mencukupi untuk mengelakkan diri Fahri dari di fitnah? Itu sama sekali tidak, ini adalah ketentuan ALLAH swt. Walau sebanyak mana harta Aisya, sebesar mana rumah yang dimiliki Fahri dan Aisha, secantik dan sebanyak mana isteri-isteri Fahri, sedikit pun tidak dipandang ALLAH swt, dan sedikit pun tidak boleh mengubah kudrat dan kehendak ALLAH swt. Penulis menyampaikan dengan penuh teliti untuk penghayatan ramai.


Setiap manusia pasti dapat membayangkan kehidupan berada didalam penjara yang dihuni oleh Fahri. Penyeksaan yang diterima Fahri boleh menyebabkan pembaca merasai apa yang dirasainya. Disebabkan menjadi penghuni penjara, sekaligus Fahri terpaksa melupakan niat untuk menghabiskan masternya di Al-Azhar. Sebegitu rupa ujian yang harus ditempuh Fahri. Tetapi, adakah penyeksaan di dalam penjara yang dihuni Fahri sama dengan azab yang terdapat dalam neraka jahanam? nauzubillah. Pengorbanan Aisha dengan menekan nafsu dengan membenarkan Fahri menikahi Maria adalah satu pengorbanan dimana kebanyakan muslimah tidak dapat menerimanya.

Adakah ujian yang diterima oleh Fahri sama seperti ujian yang diterima oleh kita? Adakah disebabkan pinjaman yang belum kita terima sudah membuatkan kita putus asa? Adakah disebabkan kita perlu berdikari untuk mendaftar belajar adalah satu penyeksaan yang membuatkan kita lemah? Hakikat yang perlu kite pegang adalah, setiap manusia mempunyai ujian-ujian yang tersendiri. Yakinlah bahawa hikmah yang terlindung disebalik ujian itu pasti kebaikan. Yakinlah bahawa ALLAH swt tidak akan menguji hambanya sekadar kemampuan hambanya.