Rabu, 6 Ogos 2008

cerita itu, Ayat-ayat cinta


CINTA...Ini adalah kisah cinta. Itu yang penulis mahu sampaikan, tetapi, bukan cinta yang mana anak muda fikirkan. Bukan cinta yang kita lihat di tepi-tepi jalan, bukan cinta yang hari-hari disiarkan di televisyen tiap-tiap rumah. Ini adalah kisah cinta bagaimana mengenal ALLAH swt. Cinta kepada orang tua yang melahirkan setiap manusia. Cinta yang dimaksudkan juga adalah kasih sayang yang setiap manusia tercari-cari dalam kehidupan yang fana ini. Kasih sayang sesama manusia, diantara sahabat-sahabat, orang disekeliling, hatta setiap makhluk seperti yang bernama haiwan.

Fahri, adalah karektor dinamakan hero mengharungi kehidupan seorang diri ditanah yang diberi penghormatan. Mengharungi disatu lembah ilmu diantara yang tertua didunia. Terpaksa membiasakan diri keseorangan dalam keadaan panas terik dibumi Cairo yang mencapai 40 darjah celcius lebih. Mungkin kita akan memikirkan ini adalah perkara biasa bagi Fahri, tapi, apabila satu fitnah yang paling besar dalam kehidupannya telah memberi satu impak dan tamparan yang hebat kepadanya. Memperkosa, ini adalah fitnah yang besar baginya, bukan sahaja bagi fahri, malah kepada sesiapa pun pasti akan menafikannya.


Walaupun Fahri mempunyai Aisha sebagai seorang isteri yang boleh dilabelkan ‘sempurna’, mempunyai harta yang tidak dimiliki oleh orang kebanyakan. Adakah itu semua tidak mencukupi untuk mengelakkan diri Fahri dari di fitnah? Itu sama sekali tidak, ini adalah ketentuan ALLAH swt. Walau sebanyak mana harta Aisya, sebesar mana rumah yang dimiliki Fahri dan Aisha, secantik dan sebanyak mana isteri-isteri Fahri, sedikit pun tidak dipandang ALLAH swt, dan sedikit pun tidak boleh mengubah kudrat dan kehendak ALLAH swt. Penulis menyampaikan dengan penuh teliti untuk penghayatan ramai.


Setiap manusia pasti dapat membayangkan kehidupan berada didalam penjara yang dihuni oleh Fahri. Penyeksaan yang diterima Fahri boleh menyebabkan pembaca merasai apa yang dirasainya. Disebabkan menjadi penghuni penjara, sekaligus Fahri terpaksa melupakan niat untuk menghabiskan masternya di Al-Azhar. Sebegitu rupa ujian yang harus ditempuh Fahri. Tetapi, adakah penyeksaan di dalam penjara yang dihuni Fahri sama dengan azab yang terdapat dalam neraka jahanam? nauzubillah. Pengorbanan Aisha dengan menekan nafsu dengan membenarkan Fahri menikahi Maria adalah satu pengorbanan dimana kebanyakan muslimah tidak dapat menerimanya.

Adakah ujian yang diterima oleh Fahri sama seperti ujian yang diterima oleh kita? Adakah disebabkan pinjaman yang belum kita terima sudah membuatkan kita putus asa? Adakah disebabkan kita perlu berdikari untuk mendaftar belajar adalah satu penyeksaan yang membuatkan kita lemah? Hakikat yang perlu kite pegang adalah, setiap manusia mempunyai ujian-ujian yang tersendiri. Yakinlah bahawa hikmah yang terlindung disebalik ujian itu pasti kebaikan. Yakinlah bahawa ALLAH swt tidak akan menguji hambanya sekadar kemampuan hambanya.

Tiada ulasan: