Khamis, 14 Oktober 2010

Teknologi Kaherah

Aku pasti dan yakin dalam dunia sekarang ini, tiada manusia yang waras meletakkan nama anak-anaknya dengan nama firaun atau pharaoh.

Kenapa? Sebabnya Allah swt telah hinakan si firaun ini sehinggakan apabila orang mendengar namanya sahaja, tahu bahaya perkara yang negatif.

Memang kita tidak boleh menafikan teknologi binaan yang di bina pada zaman tersebut hebat, memang hebat, tetapi,jangan kite terpadaya, kerana semuanya adalah datang dari kehebatan-NYA.






















Selasa, 5 Oktober 2010

Agak lama

Hanyar sekadar mahu memberitahu aku tidak dapat menulis buat sementara waktu.
Bukan kerana tidak mahu lagi menulis, bukan kerana bosan dengan keadaan realiti, dan bukan juga sudah berputus asa dengan kenyataan yang di depan mata.

Tapi, mungkin memerlukan modal masa untuk mendapatkan ilham-ilham seperti mana mereka-mereka yang penuh ilham di dada..

Selasa, 24 Ogos 2010

Isu yang berpolitik atau isu yang dipolitikkan?



Aku bercakap tentang politik dalam konteks Malaysia. Apabila kita bercakap tentang politik, ia sangat subjektif, dan jika kita bercakap tentang isu, juga subjektif. Dan jika aku menyatakan isu itu berpolitik, ia adalah satu perkara yang mengarut. Perkara karutan seperti ini hanyalah diperbodohkan oleh poltikus-politikus yang tidak bertangungjawab.

Tetapi, dalam realiti yang telah berlaku dari dulu lagi adalah isu itu dipolitikkan. Tidak kira sama ada isu itu isu sampah sekalipun, politikus tanpa segan silu menggunakan hujahnya dengan isu yang telah dipolitikkan.

Sekali lagi aku pernah menyatakan, adakah kematangan politik yang dimainkan dalam negaraku ini hanyalah sekadar begini?

Isnin, 23 Ogos 2010

Belajar buat untuk belajar taat.



Belajar-belajar BUAT,
Buat untuk BELAJAR,
Belajar-belajar TAAT,
Taat untuk BELAJAR.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Setelah Berminggu




Setelah berminggu aku menumpang sementara di kawasan pelajar-pelajar, Setelah berminggu aku berada di tempat yang orangnya aku baru kenali, memang terlalu banyak yang aku telah belajar dari mereka-mereka ini. Belajar tentang tujuan hidup. Mengingatkan ketika zaman aku sama seperti zaman mereka. Darah muda yang penuh dengan bara yang mampu mendidihkannya.

Setelah berminggu juga aku bersama-sama melihat golongan istimewa yang kurang berupaya, OKU. Mereka juga pelajar disini, kesungguhan dan keinginan belajar menunjukkan mereka mempunyai kesempurnaan yang tersendiri. Aku pun mula berfikir tentang mereka yang tidak mampu untuk mendengar dan ada juga yang tak mampu untuk bercakap. Dunia mereka yang tidak tahu apa itu erti bunyi-bunyian, dunia mereka yang tidak tahu apa itu erti untuk berkata-kata. Bahasa isyarat sahajalah dunia mereka. Tetapi, hati mereka telah terpaut dengan masjid. Mereka mampu untuk tunaikan solat berjemaah seperti sang sempurna yang lain.

Tidak ku lupa juga, ada dikalangan mereka yang tidah mempunyai kaki, ada yang tidak mampu untuk berdiri, tetapi mampu untuk bergerak ke rumah ALLAH untuk tunaikan kewajipan. Ada juga yang mempuyai sedikit masalah mental, tetapi keinginan dia kepada ALLAH membezakan dia dengan sang sempurna.

Selasa, 3 Ogos 2010

Mentaliti dan 'The Mentalist'



Ketika aku dalam perjalanan menuju ke tanah para anbiya', Kaherah, aku sempat menonton Tv series yang bertajuk The Mentalist, Mentalist adalah seorang yang mempunyai daya pengaruh yang kuat untuk mempengaruhi orang lain. Tapi aku bukan nak menceritakan tentamg Tv series ini, cuma aku mahu menceritakan mentaliti-mentaliti yang aku telah hadapi.


Buat masa ini, aku sedang menjalani praktikal dalam ruang industri, dalam masa sama, sahabat-sahabat aku juga sedang melakukan perkara yang sama. Seorang sahabat menceritakan kepadaku supaya berhati-hati dengan orang-orang disini. Yang dimaksudkan olehnya adalah kita janganlah menunjukkan kepandaian atau 'tunjuk pandai' dengan pekerja-pekerja yang sudah lama disini. Jika kita mula menunjukkan pandai kita, kita tidak akan dilayan dan perspektif orang terhadap kita akan menjadi negatif. Inilah mentaliti rakyat negaraku.

Lantas aku terus teringatkan cerita yang diceritakan kepadaku satu ketika dulu, seorang pakcik pernah bekerja di negara matahari terbit, Jepun. Budaya disana amat berbeza dan yang aku sangat suka adalah mereka suka mengajar antara sesama mereka. Walaupun mereka sudah tahu tentang sesuatu perkara, mereka tidak jemu untuk mendengar lagi dan lagi. Inilah mentaliti rakyat negara itu.

Sampai bilakah mentaliti rakyat negaraku ini akan bertukar menjadi mentaliti yang matang.

Rabu, 14 Julai 2010

Nasib si Sotong dan Burung

Kegilaan, keghairahan, ketaksuban dan pelbagai lagi istilah mengenai kempem Piala Dunia telah berakhir. Penyakit-penyakit yang wujud sepanjang Piala Dunia ini seperti 'demam' pasti semua telah sihat seperti sedia kala. Kepada mereka yang istiqamah untuk berjaga malam sebelum ni, adakah akan kekal istiqamah untuk berjaga malam juga? Yang kalah bertaruh menerima kerugian, yang menang pula, menerima habuan yang diharamkan.

Paling membimbang, apabila manusia meletakkan binatang yang tidak mempunyai akal atau dengan kata mudah 'bodoh' tempat untuk memberi ramalan. Binatang adalah bodoh, tapi, yang paling bodoh apabila manusia yang ada akal ini mempercayai binatang itu. Seekor sotong membuat ramalan tentang kemenangan negara yang akan memenangi perlawanan tersebut, aku tidak nafikan, daripada apa yang aku baca, kesemua ramalan binatang ini menjadi 'betul'. Tapi, itu bukan menjadi isu yang utama, yang lagi membahaya kan, perkarta seperti ini terang-terang perkara khurafat dan mensyirikkan ALLAH swt.

Pada saat-saat akhir, timbul pula seekor burung yang juga 'mampu' untuk membuat ramalan. Apakah manusia sekarang hanya mampu meletakkan nasib pada seekor binatang? Adakah kewarasan setiap manusia hanyalah bergantung pada tilikan seekor binatang? Inilah keadaan umaat akhir zaman yang semakin dalam keadaan tenat dan nazak dalam kehidupan.

Isnin, 28 Jun 2010

Kesibukan yang diada-adakan

Banyak idea dalam kepala aku nak menulis, aku perlukan sedikit masa untuk habiskan peperangan diatas kertas ini. InsyaALLAH aku akan kembali belajar menjadi penulis tegar.
Kesibukan yang diada-adakan atau benar-benar kewujudan yang sudah melanda aku..

Jumaat, 25 Jun 2010

Svenska

Agak lama aku menyimpan gambar-gambar yang ditembak di negara scandinavia atau nordik ini. Bagiku masih segar dan belum lapuk gambar-gambar ini. Negara yang mewujudkan barangan jenama IKEA, dan juga negara yang menghasilkan kenderaan bernama Volvo. Alhamdulillah, kehadiran aku bersama rakan yang lain disambut baik oleh Fadhil dan Isteri. Jazakallahukhair.. Svenska atau bahasa Swedish yang di gunakan. Memang aku tak faham dan susah untuk mengeja bahasa yang digunakan. Disini beberapa hasil tembakan yang aku perolehi di negara yang bernama Sweden.




















Jumaat, 11 Jun 2010

Pertaruhan Dunia Bermula


Empat tahun dinantikan, musim demam kembali menggegar. Dengan galakan yang secara kolektif,meluluskan pertaruhan, maka, tidak kira pertaruhan yang kecil atau besar akan dipertaruhkan. Tidak kira miskin atau kaya, setiap lapisan akan berusaha mencari wang pertaruhan jika yang tidak mempunyai wang.

Segalanya mungkin akan berlaku, segala akan bermula. Berbillion wang akan dikeluarkan, berbillion akan dinikmati bagi yang menang, dan jangan lupa, berbillion juga kerugian akan berlaku.

Tidak perlu memikirkan kesan sampingan yang dasyat sama ada yang kaya mungkin akan muflis, yang sedia ada miskin, akan terus tertekan dengan kemiskinan jika kekalahan melanda kepada yang bertaruh.

Kegilaan Piala Dunia yang melanda seluruh dunia, maka, seluruh dunialah yang akan bertaruh. Samaada bertaruh secara haram atau secara 'halal'. Semua meletakkan harapan untuk menang dan aku pasti tidak ade manusia pun yang akan mengharap kalah dalam pertaruhan ini. Bagaimana pula kegilaan terhadap mereka-mereka di Gaza? Telah aku ungkapkan, tradisi yang bermusim telah wujud.

Wujudlah idea percaturan masing-masing, kononnya dengan percaturan mereka ini, membolehkan kejayaaan dalam pertaruhan atau sebaliknya, hanyalah omong-omong kosong. Bagaimana pula kegilaan terhadap mereka-mereka di Gaza? Telah aku ungkapkan, tradisi yang bermusim telah wujud.

Khamis, 3 Jun 2010

Musim yang bermusim



Jika kita pandang sebentar ke negara-negara yang diikitiraf negara maju yakni di Eropah, benua yang mempunyai 4 musim. Musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim-musim ini sudah ditentukan oleh Allah swt. dan akn berubah pada setiap tahun. Semua dalam perhitungan dan perkiraan-Nya.

Kini, semasa, cuba kita lihat paradigma yang berlaku di seluruh pelusuk dunia. Semua melaungkan kebencian kepada bangsa yahudi yang berfahamankan zionis. Dari barat ke timur, juga dari utara ke selatan, setiap manusia yang masih waras menilai dalam pertimbangan akan menghemburkan kata-kata dan perbuatan yang melambangkan kebencian kepada zionis. Demonstrasi jalanan, perbahasan terbuka dan tidak kurang dalam laman rangkaian sosial yang agak popular, Facebook, tidak kira islam atau belum islam, semua berteriak dan bersuara kebencian.


Seperti biasa, ada juga yang melihat dari perspektif yang lain, iaitu pelbagai hikmah yang akan berlaku di sebabkan satu dunia melihat kezaliman zionis ini. Ada yang menyatakan, ini juga akn menjadi faktor penyatuan semua islam di dunia. insyaALLAH. Memang aku tidak nafikan semua ini, sebabnya hikmah satiap perkara telah ditetapkan oleh ALLAH swt.

Cuma, persoalanya, adakah perkara-perkara ini, iaitu teriakan suara manusia, pandangan setiap orang ini, adalah hanya bermusim? Mungkin minggu ni perkara ini akan menjadi panas, bagaimana minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? Sedangkan berdekad zionis sudah zalim. Istiqamah kah akan wujud atau hanya musim yang menjadi adat manusia.