
Aku akan kerugian satu lagi perkara yang mendatang, rugi tidak dapat menghidu asap. Gian menghidu asap, asap bukan sebarang asap, bukannya asap rokok yang merbahaya, bukan juga asap najis dadah, bukanlah asap yang diperkecil-kecilkan, tapi asap yang ditaburkan kepada para-para pejuang, asap yang dihembuskan kepada mereka-mereka yang dituduh sebagai derhaka, pengkhianat dan sebagainya. Walaupun di labelkan sebagai "beruk jalanan", tapi,menjadi pejuang jalanan bukanlah diatas dasar kepentingan diri sendri, tetapi berasaskan prinsip kemanusiaan dan paling penting prinsip kerohanian.

Asap yang akan muncul sebaik sahaja suara rakyat dizahirkan di jalanan, ingat, jalanan bukan bermakna merendahkan martabat, tetapi memperjuangkan martabat kemanusian yang sudah kian lama dinafikan. Aku tidak akan terasa hati jika dikalangan ahli keluarga mengkritik aku jika aku bersama-sama menikmati asap dengan rakan-rakan seperjuagan, mereka boleh berkata apa kepada ku, kerana aku tahu mereka masih belum faham situasi realiti. Aku akan berdoa supaya satu hari akan tiba dimana mereka akan faham dan aku sendiri kekal dan istiqamah dalam perjuangan kerohanian, dan aku dijauhkan dari sebaliknya yakni melanggar hukum akhirat, nauzubillah..

Biarlah menangis disebabkan asap ini, tetapi janganlah menangis disebabkan kenyang dengan kenikmatan dunia semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan