Jumaat, 11 Jun 2010

Pertaruhan Dunia Bermula


Empat tahun dinantikan, musim demam kembali menggegar. Dengan galakan yang secara kolektif,meluluskan pertaruhan, maka, tidak kira pertaruhan yang kecil atau besar akan dipertaruhkan. Tidak kira miskin atau kaya, setiap lapisan akan berusaha mencari wang pertaruhan jika yang tidak mempunyai wang.

Segalanya mungkin akan berlaku, segala akan bermula. Berbillion wang akan dikeluarkan, berbillion akan dinikmati bagi yang menang, dan jangan lupa, berbillion juga kerugian akan berlaku.

Tidak perlu memikirkan kesan sampingan yang dasyat sama ada yang kaya mungkin akan muflis, yang sedia ada miskin, akan terus tertekan dengan kemiskinan jika kekalahan melanda kepada yang bertaruh.

Kegilaan Piala Dunia yang melanda seluruh dunia, maka, seluruh dunialah yang akan bertaruh. Samaada bertaruh secara haram atau secara 'halal'. Semua meletakkan harapan untuk menang dan aku pasti tidak ade manusia pun yang akan mengharap kalah dalam pertaruhan ini. Bagaimana pula kegilaan terhadap mereka-mereka di Gaza? Telah aku ungkapkan, tradisi yang bermusim telah wujud.

Wujudlah idea percaturan masing-masing, kononnya dengan percaturan mereka ini, membolehkan kejayaaan dalam pertaruhan atau sebaliknya, hanyalah omong-omong kosong. Bagaimana pula kegilaan terhadap mereka-mereka di Gaza? Telah aku ungkapkan, tradisi yang bermusim telah wujud.

3 ulasan:

tamansyurga_87 berkata...

german....hehe

fArhAnA berkata...

salam alaik.memang sejak bmula peristiwa gaza hari tu, rmai yang dah dapat agak yang kprihatinan terhadap gaza mmg hanya sekejap atau orang lebih anggap itu smue trend aje kot? kalau tgk ada org ckp berapi2 nak boikot brg2 israel... dtg je musim bola, duk kat kdai2 smpai lewat mlm penuh dmeja dgn mknanan2 yang ptt dboikot.

skdar peringatan untk diri sndr agar tu smue jdi pengajaran agar kita pun xjdi sperti tu.

wallahualam

L berkata...

wslam..thanks diatas perkongsian..

ini la yg paling dirisaukn..
dunia kini pada zaman trend semata2..
kadang2 perkara yg kite mampu utk boikot pn kiye xdpt nk wt kn..betapa lemahnya skang..

wallahualam