Jumaat, 12 Jun 2009

Iran mula mengundi pilih presiden baru

TEHRAN: Iran mula mengundi hari ini untuk memilih presiden baru selepas kempen hangat yang menyaksikan bekas perdana menteri berfahaman sederhana, Mir Hossein Mousavi, muncul sebagai pesaing utama kepada penyandang, Mahmoud Ahmadinejad.



Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab menganjur pilihan raya itu berkata, pusat mengundi dibuka pada jam 8 pagi (0330 GMT) dan mungkin berlanjutan sehingga tengah malam, bergantung kepada peratusan keluar mengundi di kalangan 46 juta pemilih berdaftar.

Keputusan dijangka dalam tempoh 24 jam selepas pengundian berakhir.

Persaingan pemilihan Presiden Iran untuk kali ke-10 sejak 1979 itu adalah sengit selepas kempen selama tiga minggu, termasuk rapat umum, debat hangat di televisyen dan tuduh menuduh di antara calon.

Ketika Ahmadinejad, 52, bertanding untuk penggal kedua selama empat tahun lagi, Mousavi, 67, berhasrat untuk kembali di persada politik selepas dua dekad terawang-awang.

Kempen pilihan raya itu menyingkap perbezaan pendapat di kalangan rakyat republik Islam itu selepas empat tahun di bawah pentadbiran Ahmadinejad.

Sikap tegas beliau dalam isu nuklear Iran dan Israel menyebabkan negaranya dipinggirkan Barat dan dasar ekonominya dikritik.

Kempen itu juga menyingkap perpecahan di kalangan masyarakat dengan penduduk bandar dan kampung menyokong kuat Ahmadinejad manakala golongan lelaki dan wanita muda memilih Mousavi.

Penganalisis keberatan untuk meramalkan pemenang tetapi mengandaikan pengundian bakal mengikut corak pemilihan 2005 apabila Ahmadinejad yang kurang dikenali menewaskan ulama terkenal, Akbar Hashemi Rafsanjani. - AFP

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I recommend to you to visit a site on which there is a lot of information on this question.

Tanpa Nama berkata...

[url=http://ebiteua.com/forum55-prostitutki-khersona-i-oblasti.html]Prostitutki KHersona[/url]