Rabu, 10 Jun 2009

KEKELIRUAN CHIN PENG

Tentang isu Chin Peng baru-baru ni, aku rase agak kekeliruan berlaku kt sini..
Perkare ni berlaku time kitorg tgh LDK kt BTN ni..

Time kitorg wt skit discussion psl Chin Peng ni, kak Fasilitator tnye la stiap sorg pe pandangan tentang kepulangan semula Chin Peng ni kt Malaysia..

hehe..sperti biasela,aku ni kn suke memanaskan kn lg discussion kitorg..
sume dlm group ni mmg bantah giler kalo pemulangan Chin Peng kt sini. Aku ni plak asyik ckp knape knape knape. xperikemanusiaan la, da tua la. Hangen je diorg..hehe


aku de terbace beberape pandangan :

" Jika Chin Peng balik, sy org pertama akn tunggu di airport bukan utk
meraikannya, tp utk sembelih 'makhluk ganas' tu." - Bekas perajurit, Mejar(B) Ahmad Shafie, yg putus tangn kiri berkecai ditembak komunis.

"Golongan yang menyokong Chin Peng bole dianggap sebagai berfahaman komunis." - tegas Presiden Persatuab Bekas Tentera Malaysia(PBTM), Dato Muhammad And Ghani.

"Negara akan mengalami huru-hara jika Chin Peng dibenarkan kembali." amaran Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia(PSSGM).


Apa yg menjadi kemusykilan kt sini, kita tahu bahawa komunisme adalah satu ajaran yg tidak selari dengan Islam, sedangkan
anggota2 PKM juga terdiri dari berbangsa Melayu dan Beragama Islam seperti Rshid Maidin dan Abdullah C.D. Diorg mempunyai cita-cita suci menubuhkan gerakan islam..


Antara perkare yg menkjubkan, ketika dlm keadaan umno memerinth negara ini, terdapt banyk org islam yg keluar agama or murtad, sementara tu, anggota parti chin peng ni sperti Abdullah C.D berjaya mengislamkan anggota PKM iaitu Eng Min Ching yg kemudiannya berkahwin dgannya pd 1955.

Peguam Ching peng mengatakan chin peng berhak pulang di negara ini dibwh perjanjian damai diantara kerajaan malaysia dan PKM pada 1989 di thailand. selepas perjanjian tersebut, bekas pemimpin PKM termasuk Rahsid Maidin dibenarkn pulang, tapi chin peng sorg je xdibenrkan pulang..

Dalam sistem demokrasi ini,aku xnafikan hak mereka utk menghalang kepulangan ching peng, sbb ini adalah hak semua org.

Sebenynye,ape yg aku nk bgtau ni, perkara yg terjadi time LDK. Apa yg aku telah dikelirukan, time LDK 2, aku telah bgtau pd sumue group aku termasuk fasi, kenapa Gerakan sendiri yg memanggil balik chin peng ni,sedangkan gerakan adalah perti komponen BN.. lps je aku bgtau ni, fasi aku bersuara, "sebenaye, Gerakan bukan BN, tapi gerakan adalah gabungan antara PKR, PAS dan DAP"..
??????? ait..
terus aku bingung n blur...hehe..sape tipu penipu ni...hehe


ape2 pn, esk aku de edu-visit kt schlumberger, kalo bole tembak,aku nk tembak ape2 yg patut dgn DSLR ni.hehe..
nk dgr ape company barat ni nk sembang..Bas karo..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

belajar banyak