Agak lama aku menyimpan gambar-gambar yang ditembak di negara scandinavia atau nordik ini. Bagiku masih segar dan belum lapuk gambar-gambar ini. Negara yang mewujudkan barangan jenama IKEA, dan juga negara yang menghasilkan kenderaan bernama Volvo. Alhamdulillah, kehadiran aku bersama rakan yang lain disambut baik oleh Fadhil dan Isteri. Jazakallahukhair.. Svenska atau bahasa Swedish yang di gunakan. Memang aku tak faham dan susah untuk mengeja bahasa yang digunakan. Disini beberapa hasil tembakan yang aku perolehi di negara yang bernama Sweden.
Empat tahun dinantikan, musim demam kembali menggegar. Dengan galakan yang secara kolektif,meluluskan pertaruhan, maka, tidak kira pertaruhan yang kecil atau besar akan dipertaruhkan. Tidak kira miskin atau kaya, setiap lapisan akan berusaha mencari wang pertaruhan jika yang tidak mempunyai wang.
Segalanya mungkin akan berlaku, segala akan bermula. Berbillion wang akan dikeluarkan, berbillion akan dinikmati bagi yang menang, dan jangan lupa, berbillion juga kerugian akan berlaku.
Tidak perlu memikirkan kesan sampingan yang dasyat sama ada yang kaya mungkin akan muflis, yang sedia ada miskin, akan terus tertekan dengan kemiskinan jika kekalahan melanda kepada yang bertaruh.
Kegilaan Piala Dunia yang melanda seluruh dunia, maka, seluruh dunialah yang akan bertaruh. Samaada bertaruh secara haram atau secara 'halal'. Semua meletakkan harapan untuk menang dan aku pasti tidak ade manusia pun yang akan mengharap kalah dalam pertaruhan ini. Bagaimana pula kegilaan terhadap mereka-mereka di Gaza? Telah aku ungkapkan, tradisi yang bermusim telah wujud.
Wujudlah idea percaturan masing-masing, kononnya dengan percaturan mereka ini, membolehkan kejayaaan dalam pertaruhan atau sebaliknya, hanyalah omong-omong kosong. Bagaimana pula kegilaan terhadap mereka-mereka di Gaza? Telah aku ungkapkan, tradisi yang bermusim telah wujud.
Jika kita pandang sebentar ke negara-negara yang diikitiraf negara maju yakni di Eropah, benua yang mempunyai 4 musim. Musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim-musim ini sudah ditentukan oleh Allah swt. dan akn berubah pada setiap tahun. Semua dalam perhitungan dan perkiraan-Nya.
Kini, semasa, cuba kita lihat paradigma yang berlaku di seluruh pelusuk dunia. Semua melaungkan kebencian kepada bangsa yahudi yang berfahamankan zionis. Dari barat ke timur, juga dari utara ke selatan, setiap manusia yang masih waras menilai dalam pertimbangan akan menghemburkan kata-kata dan perbuatan yang melambangkan kebencian kepada zionis. Demonstrasi jalanan, perbahasan terbuka dan tidak kurang dalam laman rangkaian sosial yang agak popular, Facebook, tidak kira islam atau belum islam, semua berteriak dan bersuara kebencian.
Seperti biasa, ada juga yang melihat dari perspektif yang lain, iaitu pelbagai hikmah yang akan berlaku di sebabkan satu dunia melihat kezaliman zionis ini. Ada yang menyatakan, ini juga akn menjadi faktor penyatuan semua islam di dunia. insyaALLAH. Memang aku tidak nafikan semua ini, sebabnya hikmah satiap perkara telah ditetapkan oleh ALLAH swt.
Cuma, persoalanya, adakah perkara-perkara ini, iaitu teriakan suara manusia, pandangan setiap orang ini, adalah hanya bermusim? Mungkin minggu ni perkara ini akan menjadi panas, bagaimana minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? Sedangkan berdekad zionis sudah zalim. Istiqamah kah akan wujud atau hanya musim yang menjadi adat manusia.
Adalah tidak keterlaluan jika aku memberi gelaran bangsat kepada golongan yahudi zionis ini. Mungkin sesetengah manusia mengatakan ini ungkapan carutan, tetapi bagiku, mereka zionis lebih teruk dari ungkapan carutan itu sendiri. Hanyalah golongan pengecut membenarkan perbuatan kebinatangan tersebut, golongan yang boleh pergi jahanam.
Apakah realiti keadaan umat seislam sekarang? Apakah perasaan-perasaan islam sedunia? Dimanakah OIC?Dimanakah Liga Arab?Apakah pendirian semua Negara Islam?Jika masih wujud,apakah yang mereka sanggup berbuat apa?Apakah pengorbanan akan wujud? Kebangsatan zionis yang pergi jahanam.
Aku akan kerugian satu lagi perkara yang mendatang, rugi tidak dapat menghidu asap. Gian menghidu asap, asap bukan sebarang asap, bukannya asap rokok yang merbahaya, bukan juga asap najis dadah, bukanlah asap yang diperkecil-kecilkan, tapi asap yang ditaburkan kepada para-para pejuang, asap yang dihembuskan kepada mereka-mereka yang dituduh sebagai derhaka, pengkhianat dan sebagainya. Walaupun di labelkan sebagai "beruk jalanan", tapi,menjadi pejuang jalanan bukanlah diatas dasar kepentingan diri sendri, tetapi berasaskan prinsip kemanusiaan dan paling penting prinsip kerohanian. Asap yang akan muncul sebaik sahaja suara rakyat dizahirkan di jalanan, ingat, jalanan bukan bermakna merendahkan martabat, tetapi memperjuangkan martabat kemanusian yang sudah kian lama dinafikan. Aku tidak akan terasa hati jika dikalangan ahli keluarga mengkritik aku jika aku bersama-sama menikmati asap dengan rakan-rakan seperjuagan, mereka boleh berkata apa kepada ku, kerana aku tahu mereka masih belum faham situasi realiti. Aku akan berdoa supaya satu hari akan tiba dimana mereka akan faham dan aku sendiri kekal dan istiqamah dalam perjuangan kerohanian, dan aku dijauhkan dari sebaliknya yakni melanggar hukum akhirat, nauzubillah.. Apabila sebuah negara yang memegang prinsip negara hukum, tetapi hukum hanyalah dijadikan barang dagangan da permainan, kesilapan besar dilakukan disini jika hanya mata hati kita menonton begitu sahaja. Ketika pahlawan-pahlawan dahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya berjuang, adakah mereka yang lain hanya menonton? Tok Janggut, Mat Kilau dan yang lain dimana mereka adalah ulama merangkap murabbi(pendidik), hanyalah dilabelkan 'pahlawan', tetapi tidak 'ulama' dalam buku-buku sejarah sekolah.
Biarlah menangis disebabkan asap ini, tetapi janganlah menangis disebabkan kenyang dengan kenikmatan dunia semata-mata.
Memang tidak boleh dinafikan, setelah 3 tahun aku bertungkus-lumus untuk mendapatkan sekeping kamu, Mechatronics, perasaan cinta pasti akan berputik, seperti mana aku sayangkan bidang aku sebelum ini, Mechatronics. walaupun sekarang aku bertukar bidang, tidaklah bermakna aku akan melupakan kau, tapi, jika kau sendiri yang menolak aku, aku sedikit pun tidak akan hairan untuk menolak mu kembali. Aku memang susah untuk mencintai sesuatu, jika aku sudah suka kan sesuatu perkara itu, aku akan buat sehabis baik. Tapi jika perkara itu tidak menerima aku, aku pun tak ragu-ragu untuk melupakan perkara itu.Sejak dari aku kecil lagi, aku mencintai dalam bidang "besi terbang". Bukanlah berminat untuk "memandunya" atau lebih dikenali sebagai Pilot, tapi aku lebih berminat untuk memeliharanya, menjaganya, pastikan dia sihat-sihat selalu, kalau dia sakit, aku akan cuba mengubatinya. Selepas sahaja zaman persekolahan tamat, aku memohon untuk menceburi bidang "besi terbang" ini, tapi tidak diterima. Hanyalah Mechatronics sanggup menerima aku, maka, aku berfikir, ketentuan aku telah ditentukan kepada Mechatronics. Selama 3tahun aku bersama-sama mechatronics.
Alhamdulillah, setelah selesai menerima sekeping bukti 3 tahun belajar, aku kembali memohon bidang "besi terbang". Dan sekali lagi, aku tidak di terima, hanyalah Mechatronics menerimaku kembali. Aku bukanlah terdesak atau dalam bahasa penjajah Desperate untuk memiliki ilmu "besi terbang" ini, tapi seperti yang aku katakan sebelum ini, aku mencintai "besi terbang" dari sejak kecil, dan aku akan cuba sehingga dapat. Jika aku ditolak, dan memang aku tidak diberi peluang walaupun sekali, malah diperlekehkan, maka, buat apalah aku memperjuangkan perkara yang bertentangan dengan naluriku. Sekali lagi aku ulang, bukanlah aku ini desperate, aku hanyalah manusia yang berpegang kepada prinsip dan janji-janji. Alhamdulillah, akhirnya, aku diberi peluang untuk memasuki bidang "besi terbang" ini, dan adakah aku akan melupakan kau wahai Mechatronics, sama sekali tidak mungkin, kerana kau banyak membantu aku sehingga sekarang, sebab kau masih sudi menerima aku dan tidak pernah memperlekehkan aku, Tapi, jika kau pernah perlekehkan aku, pasti dan pasti "Hari-hari yang berlalu akan melupakan mu, Mechatronics".
Disini aku nak mendendangkan sebuah lagu yang aku baru sahaja melayan beberapa minggu lalu.. layannnn..
Goodbye by A.C.A.B
thinkin' of what i have been thru is the last thing i'd do coz i have been tryin' to heal all these wounds that have hit me deeply thinkin' of what happened to me it's like a tragedy, you don't wanna know what i got into and you really do not want to
some might say that i'd kill the revolution but in the end it's my life that really needs a solution..
how do i say goodbye to all the things that i've said and have done? how do i say goodbye to all the things that have been messin' my mind?
thinkin' of what i've been thru is the last thing i'd do.. you don't wanna know what i got into and you really do not want to..
some might say that i'd kill the revolution.. but we still have the lads to carry out the tradition..
Siasah atau nama komersialnya Politik adalah perkara yang sgt luas utk di bentangkan. Seorg ayah yg bekerja siang malam utk menyara kelauarga adlah politik, ibu tungal yg membesarkan anak2 dgn sendrian adlah bermain politik(kalau kt UK,ibu tunggal mmg hidup senang,sume di sponsor krajaan-sbb tu org local sendri xberpuas hati isu ini). perkerja2 berpolitik atau bersiasah bekerja keras utk naik gaji and naik pangkat(walaupn kaki bodek dgn pelobi). Semua ini adalah ruang lingkup politk dan politik yg aku nk bicarakan adalah politik mentdbir negara.
Aku bukanlah seorg yg mempunyai latarbelakang dlm bidang politk,tapi tak bermakna aku tak boleh mempersoalkannya. Mendengar kata2 seorg sahabatku merangkap seorg ahli politik menyatakan, "untuk menerangkn politk kepda msyarakat,kita tak perlu pn menjadi ahli politik". Jadi,ape yg menarik perhatian aku utk menulis sedikit perkataan adalah,apabila kita berbicara tentng siasah ini,siasah atau politik dlam konteks Malaysia, ramai yg aku lihat membenci politk,ramai yg mencarut-carut tentng politik. Sednagkn mereka sendri byk melakukan perkara-perkara politk tanpa disedari.
Apabila aku mendengat ucapan David cameron semasa baru saja dilantik sbg PM baru-bru ini,beliau menyatakan "I enter politics because I love this country". Mendengar kata-kata ini,aku terus teringat satu ucapan oleh saudara Salahuddin Ayub yang aku sendiri dgr,beliau menyatakan yg lebih kurang maksudnya,"kami semua(parti pembangkang) sayangkan negara ini,sbb tu kami membangkang dan tidak akn membiarkan berterusan". Jelas disini,semua pemikir-pemikir politk yg BENAR-BENAR berpolitk dgn bersih,mereka semua berpolitk disbbkan negara, bukan kepentingan diri. Oleh itu, dimanakh silapnya bagi sahabat2ku yg membenci politik?mungkin ketidak bersihan politk wujud menyebabkn mereka membenci perkra sepenting ini.
Seorang sahabat pernah berkata kpdku,"mana-mana parti yg akan memerintah negara(malaysia) adalah sama,lebih2 lagi pasal korup,sume parti same je". Aku hnya membalas,"tak,tak sama.." Ini adlah contoh perspektif yg rakyat sendri lihat dlm konteks politik Malaysia. Dalam realiti sebenar,perubahn sentiasa berlaku, "Politik itu dinamik dan sering berubah, hari ini parti itu mungkin kuat, dan esok mungkin akan lemah, sokongan dalam politik ini ada pasang surutnya. Yang akan kekal dan terus maju ialah NEGARA."-Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff
Selepas je kehangatan perang undi meletus di parlimen Hulu Selangor, kini saat2 dinantikan setelah 5 tahun dlm penantian masyarakt UK utk berperng undi. Mmg tidak akn putus perang undi di seluruh dunia kerna apabila demokrasi diamalkn, maka, perang undi jadi tempat pertaruhan.Yg menjadi kerugian bg UK adalah telah rugi 1 undi drpda aku sendri. Sbbnya aku xsempat nk daftar mengundi,aduish,menyesal giler sbb lmbt..aku tnye kt makcik aku seblum ni,aku ni bole ke mengudi,so die ckp, "mane la bole,sbb bukan PR or citizen"..ternyatalah mkcik aku sendri xtaw rule kt sini mcmne,rupenye,lps aku bace syarat2 mengundi dlm internet,18tahun keatas & yg berasal negara komenwel bole mengundi..so,apelg,aku terus bukak online registration utk dftr,malangnye,aku lewat sehari je,pendftran da ditutup..haha
insyaALLAH esk pg bermulanya perang ini setelah beberape mingu berkempen, disini beberpe gmbr yg menarik perhatian aku, yg mana kt malysia stakat ni mmg xde pn.cara2 kempen Pilihnraya kt kota Ingeris ni.
Walaupn gmbar Gordon Brown di paparkn mcmni, xmenjadi satu kesalahn sbb xletak nama. Tp,yg paling penting,semua dakwaan2 ni benar blaka,bukn lah satu taburan fitnah seprti kt mlysia..
Disini kite sendri bole lihat tahap kematangan politik disini jika mahu dibandingkn kt msia.mmg aku sendri xnafikan yg malysia still negara membangun,dan UK negara maju,tp,smpai bilakah kematagn seprti sediakala kt mlysia akn mencetus 1 revolusi?
Jika isu peribadi adalah hujah yg utama dimainkn seprti di malysia,apakah ketegori kematangn ini? Lihat di UK sendri,isu2 dasar yg dimainkan,isu2 ekonomi,isu2 imigrant dan isu2 yg lebih rasional dan penting diperhujahkan dlm debat2 terbuka. Jika dibanding kn pernan media plak bgaimana?jauh seprti langit da bumi..
Pamanku ajak aku teman die g tgk satu mini musical show mingu lepas. Yg terlintas kt aku,aku mmg akn mengatuk kalo tgk musical2 ni,lg2 la die ckp ni persembhan sume percussion yg zaman2 dlu. Antaranye mcm Trukish, Iraqi, Greek n byk2 lg la,xingat.haha. mmg byk instrument2 yg digunakan mcm santur,daff,tonbak,aku sendiri pn xpenah tgk mende2 ni..
so,bile masuk je kt studio n start je show,aku pn da start menguap.haha. bukan stakat mengantuk,bole plak tertido dlm tu .haha. tetibe je,sorg yg da berusia kt sebelah aku ni bertepuk n ckp "very beutiful!". aku rase music tu mcm biase je.xde plak best mane sgt..haha.. sudah pasti nye,ni sume bukan jiwa aku, sbb tula, "can not go = tak bley blah"
"Kalau tak punyai mimpi dan harapan, orang2 mcm kite ni akn mati kal" - Sang Pemimpi
Semenjak due menjak ni,aku asyik teringatkn kt 'kuda' aku yg berada kt kmpung halaman tu.aku pn da call 'bos' dan bertnyekan pasal kuda aku 2.alhmdulillah,maintenance bulan2 dibuat.so,lega la skit.haha
adakah aku sang pemimpi menjadi perindu yg merindui utk dirindui? yg aku pasti,aku bukan la dahagakan rindu dari manusia,tp aku dahagakn utk diriku sendri.